PENGENALAN
- PROGRAM LICENSING WORKSHOP ini satu-satunya program paling lengkap di Malaysia yang tawarkan peluang untuk anda bangunkan sistem licensing (pelesenan pra-francais) secara kendiri / 'in-house'.
- Program ini beri anda sistem perniagaan untuk anda lantik rakan niaga, bina rangkaian outlet dan jana modal dari pelabur.
- Anda boleh mula dengan sistem licensing dan mula jual peluang perniagaan sehingga sampai masa anda bersedia naiktaraf bisnes ke sistem francais.
- Diakhir program disamping kemahiran sistem licensing, anda juga diberi dokumen-dokumen lengkap untuk jual peluang perniagaan.
- Dengan kemahiran licensing, anda jual sistem perniagaan untuk jana pendapatan dan margin keuntungan yang lebih tinggi, dan tidak bergantung semata-mata kepada jualan produk / servis.
- Tidak ramai usahawan melayu sanggup amal sistem licensing mengikut undang-undang berbanding usahawan Cina.
- Ini kerana sistem licensing perlukan disiplin dan anda juga perlu berfikir pada aras tinggi.
- Anda perlu mempunyai visi dan merancang perkembangan perkembangan mengikut perjanjian dengan rakan niaga sehingga 3-5-10-20 tahun ke hadapan.
- Jika anda serius untuk bina empayar perniagaan dan bersaing dengan jenama-jenama asing, ambil peluang belajar dari program ini.
SISTEM LICENSING
SISTEM LICENSING TIDAK TERHAD UNTUK ANDA JUAL PAKEJ PERNIAGAAN DAN LANTIK RANGKAIAN RAKAN NIAGA. SISTEM LICENSING BOLEH ANDA GUNA UNTUK MENGURUS RANGKAIAN OUTLET SENDIRI AGAR LEBIH TERKAWAL, SISTEMATIK DAN MENGIKUT AMALAN TERBAIK PERNIAGAAN ANTARABANGSA.
- Sistem licensing adalah sistem dimana anda melantik rakan niaga berniaga mengunakan harta intelek, konsep dan metodologi perniagaan anda.
- Rakan niaga yang dilantik membayar anda yuran-yuran tertentu dan membeli stok dari anda sepanjang tempoh perjanjian licensing.
- Jika anda mempunyai visi untuk berkembang sebagai rangkaian licensing, dan ingin memiliki semua kelebihan diatas, program ini perlu anda sertai bagi memastikan anda merancang dan berkembang mengikut standard serta amalan industri yang betul.
SISTEM LICENSING TIDAK TERHAD UNTUK ANDA JUAL PAKEJ PERNIAGAAN DAN LANTIK RANGKAIAN RAKAN NIAGA. SISTEM LICENSING BOLEH ANDA GUNA UNTUK MENGURUS RANGKAIAN OUTLET SENDIRI AGAR LEBIH TERKAWAL, SISTEMATIK DAN MENGIKUT AMALAN TERBAIK PERNIAGAAN ANTARABANGSA.
OBJEKTIF PROGRAM
- Memberi anda kemahiran membangunkan sistem perniagaan yang berkesan dan telah terbukti boleh menskala perniagaan (business scaling) ke peringkat lebih tinggi pada kos seminima mungkin secara kendiri / 'in-house'.
- Membantu anda meningkatkan nilai, daya saing dan daya tahan perniagaan dalam pasaran melalui amalan sistem perniagaan yang menjadi standard antarabangsa. Dengan adanya sistem licensing, anda boleh merancang perkembangan dalam negara serta ke luar negara dengan lebih jelas dan kurang berisiko.
- Menyediakan kaedah untuk syarikat bumiputera membangunkan sistem licensing pada kos yang paling murah dan tidak membebankan, secara kendiri / 'in-house'. *Program ini adalah satu-satunya program seumpamanya di Malaysia.
- Menyediakan syarikat untuk didaftarkan di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) sebagai syarikat francais (berlesen) sah dan diiktiraf kerajaan.
- Memberi syarikat (dan enterprise) satu alternatif untuk bermula dengan sistem licensing (pelesenan pra-francais) sementara mengambil masa untuk membuat persediaan ke arah francais.
TESTIMONI
"Kami bermula dengan bisnes tepi jalan. Meja lipat dan payung. Hari ini kami ada rangkaian licensing dan francais dengan konsep kiosk, foodtruck dan pushcart. Program ini bantu kami tambahbaik kedudukan kewangan kami untuk berkembang dari perniagaan biasa-biasa ke rangkaian perniagaan francais".
- Tuan Mohamad Hassan
Founder MD Putu Bambu World
Facebook: mdputubambuworld
(F&B)
- Tuan Mohamad Hassan
Founder MD Putu Bambu World
Facebook: mdputubambuworld
(F&B)
PROGRAM INI UNTUK SIAPA
- Pemilik perniagaan, pengarah dan founder yang ingin bina rangkaian perniagaan secara bersistem mengikut amalan antarabangsa.
- Pemilik perniagaan, pengarah dan founder yang ingin menjual peluang perniagaan.
- Pengurus, pegawai dan eksekutif syarikat yang bertanggungjawab dalam pembangunan perniagaan.
- Pemilik perniagaan, founder, pengarah, pengurus & eksekutif syarikat yang mempunyai perancangan untuk membangun dan mendaftarkan perniagaan sebagai francais dalam tempoh 12-36 bulan akan datang.
KENAPA ANDA MESTI HADIRI PROGRAM INI SEBELUM JUAL PAKEJ PERNIAGAAN?
UNTUK MEMINIMAKAN RISIKO SAMAN DAN TUNTUTAN PEMULANGAN (PELABURAN) OLEH RAKAN NIAGA APABILA ANDA JUAL PELUANG PERNIAGAAN
PENTING! Anda perlu sediakan tawaran peluang perniagaan dengan mengambilkira perkara-perkara perundangan beikut:
UNTUK MEMINIMAKAN RISIKO SAMAN DAN TUNTUTAN PEMULANGAN (PELABURAN) OLEH RAKAN NIAGA APABILA ANDA JUAL PELUANG PERNIAGAAN
PENTING! Anda perlu sediakan tawaran peluang perniagaan dengan mengambilkira perkara-perkara perundangan beikut:
- Dibawah Akta Francais 1998 Pindaan 2020 (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri-KPDN), pemilik perniagaan yang menawarkan peluang / pakej perniagaan dengan menggunakan ciri-ciri francais tetapi tidak berdaftar sebagai syarikat francais di KPDN boleh dikenakan kompaun sehingga RM250,000.
- Syarikat bukan francais berdaftar TIDAK BOLEH menawarkan peluang perniagaan dengan ciri-ciri francais seperti mengenakan yuran kepada rakan niaga untuk guna jenama dan mengawal operasi rakan niaga
- Manakala dibawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (Bank Negara Malaysia-BNM), individu yang tidak mempunyai lesen sah untuk mengutip wang orang ramai bagi tujuan pelaburan perniagaan boleh dikenakan tindakan.
KELEBIHAN PROGRAM
- Program intensif ini menyentuh secara komprehensif konsep, terma, teori dan strategi sistem licensing.
- Anda juga diberikan bahan rujukan yang terdiri dari contoh-contoh sebenar dokumen dan manual untuk pelaksanaan sistem licensing ke dalam perniagaan.
- Program membantu anda tingkatkan pendapatan perniagaan dengan melantik rakan niaga dan bina rangkaian perniagaan dengan lebih cepat tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan tinggi.
- Program ini membantu anda menambahbaik kedudukan aliran tunai dan margin keuntungan perniagaan melalui amalan licensing yang sistematik.
- Program ini memberi panduan untuk anda merancang pembiayaan perniagaan tanpa bank melalui kaedah JV-Joint Venture dan BOT-Built Operate Transfer.
- Program ini juga memudahkan proses untuk menaiktaraf perniagaan anda ke sistem francais, memohon lesen dan pengiktirafan dari kerajaan sebagai francais berdaftar di KPDN.
- Program ini meminimakan risiko kerugian dan pelanggaran undang-undang apabila anda mengambil pelaburan (wang) orang awam dan melantik rakan niaga berniaga menggunakan konsep serta jenama anda.
KEADAAN EKONOMI HARI INI PERLUKAN ANDA CIPTA SUMBER PENDAPATAN BARU DENGAN MENJUAL KONSEP (PAKEJ) PERNIAGAAN & TIDAK BERGANTUNG KEPADA JUALAN PRODUK / SERVIS SEMATA-MATA
TESTIMONI
"Saya dari Miri, Sarawak. Selepas saya hadiri program ini banyak yang saya belajar, terutama dari segi sistem dan persediaan yang perlu sebelum mengembangkan bisnes serta bina jenama yang baik. Saya mula yakin dengan apa yang saya lakukan"
- Tuan Roydy Ismail Pengasas Tusan Icecream Malaysia www.tusan.my |
PROGRAM INI BERI ANDA DOKUMEN LICENSING LENGKAP
Anda dapat contoh-contoh sebenar dokumen licensing yang lengkap (300+ muka surat) untuk disesuaikan dengan perniagaan anda:-
Anda dapat contoh-contoh sebenar dokumen licensing yang lengkap (300+ muka surat) untuk disesuaikan dengan perniagaan anda:-
- Dokumen Prospek Rakan Niaga
- Dokumen Pakej & Pelaburan Licensing
- Surat Niat & Surat Tawaran Pelantikan Rakan Niaga
- Perjanjian Pelantikan Rakan Niaga / Perundingan
- Perjanjian Pelesenan Harta Intelek
- Manual Operasi Outlet Rakan Niaga
KANDUNGAN PROGRAM
Kandungan program terbahagi kepada 4 bahagian utama yang berdasarkan kepada amalan standard dalam industri.
1. Pembangunan Sistem Licensing
Kandungan program terbahagi kepada 4 bahagian utama yang berdasarkan kepada amalan standard dalam industri.
1. Pembangunan Sistem Licensing
- Struktur Perniagaan Licensing
- Pakej Pelaburan Licensing
- Fasa-fasa Penawaran Perniagaan
- Borang Pertanyaan
- Borang Permohonan
- Brosur Ringkas
- Prospektus Peluang Perniagaan
- Surat Niat
- Surat Tawaran
- Perjanjian Pelantikan Rakan Niaga
- Perjanjian Pelesenan Harta Intelek
- Polisi Operasi Di Outlet
- Prosedur Operasi Di Outlet
TESTIMONI
“This program did a great job providing practical exercises and worthwhile information for anyone that is interested in improving and growing their business opportunities via franchise or licensing system.
This program also has given me the tools to better identify opportunities to influence and persuade partners we work with to help grow the overall business and reach our team goals.” - Ms. Caroline Fong Abdullah Managing Director, Coffeezone Malaysia Sdn. Bhd. Premium Coffee Business Chain Facebook: Coffeezone.my |
Pembangunan Manual Operasi
KANDUNGAN MANUAL OPERASI
(Tertakluk kepada perubahan mengikut jenis perniagaan)
KANDUNGAN MANUAL OPERASI
(Tertakluk kepada perubahan mengikut jenis perniagaan)
- Pengenalan Kepada Syarikat & Manual Operasi
- Pengurusan Kewangan
- Identiti Perniagaan
- Rekacipta & Penyediaan Outlet
- Pembinaan, Kelengkapan dan Peralatan
- Sumber Manusia dan Latihan
- Produk & Perkhidmatan untuk Jualan
- Persediaan Pembukaan
- Pengiklanan, Promosi dan Pemasaran
- Penyediaan Perkhidmatan Berkualiti
- Keselamatan Di Outlet
- Audit Penilaian Kepatuhan
*Kandungan manual berpandukan kepada operasi syarikat-syarikat licensing sebenar.
JADUAL PROGRAM
1. SESI KELAS:
LICENSING WORKSHOP
ONLINE VIA ZOOM
10.00 am - 05.00 pm
TBA
2. MATERIAL RUJUKAN:
Dokumen perjanjian dan manual licensing 300+ muka surat dalam format digital.
3. YURAN PROGRAM:
RM1,000 untuk dua orang peserta dari syarikat yang sama
Yuran termasuk
- Sesi tutorial 1-HARI secara online.
- Dokumen dan manual lengkap dalam format digital, 300+ muka surat.
- Akses kepada Portal Licensing Workshop selama 12 bulan untuk nota ulangkaji / rujukan modul / rakaman.
- Akses kepada Exclusive Business Support Group untuk sebarang pertanyaan dan panduan dalam merancang perniagaan anda.
Nota:
- Program ini diadakan secara online.
- Sila pra-daftar secara online.
- Sila berikan alamat GMAIL sahaja.
- Selepas pendaftaran anda akan dibawa ke halaman pembayaran.
- Sila beri 24-jam untuk pemprosesan pendaftaran anda.
- Sila muat turun nota dan dokumen anda serta merta selepas menerima email pengesahan pembayaran.
- Yuran diatas adalah PROMOSI dan tertakluk kepada perubahan.
- Jadual tertakluk kepada perubahan. Jika ada, peserta akan dimaklumkan.
- Untuk pertanyaan sila whatsapp (019)4298400, Ridzuan @Coach Francais.
Anda berminat untuk pengikuti program ini?
Sila berikan maklumat untuk kami kemaskini anda dengan jadual terkini program
Sila berikan maklumat untuk kami kemaskini anda dengan jadual terkini program
TERMA & SYARAT PENYERTAAN
- LICENSING WORKHOP (selepas ini dirujuk sebagai ‘Program’) ini dianjurkan oleh SPRINT HOLDINGS SDN. BHD. (selepas ini dirujuk sebagai ‘SPRINT’)
- Peserta yang berminat boleh membuat pendaftaran melalui online.
- Yuran tidak dipulangkan untuk sebarang pembatalan oleh peserta.
- Yuran perlu dijelaskan sepenuhnya Tujuh (7) hari bekerja sebelum Program bermula.
- Sebarang perubahan di pihak peserta perlu dimaklumkan kepada SPRINT dalam tempoh Sepuluh (10) hari bekerja lebih awal.
- SPRINT berhak mengubah (mana-mana yang berkaitan) - fasilitator, masa dan lokasi Program jika terdapat keperluan dan peserta akan dimaklumkan mengenai perubahan tersebut.
- Pihak SPRINT berhak membatalkan sesi Program sekiranya jumlah penyertaan adalah kurang dari 50%.
- Pemulangan penuh ke atas bayaran akan dibuat kepada peserta sekiranya terdapat sebarang pembatalan Program dari pihak SPRINT.
- Penawaran tempat adalah bergantung kepada kekosongan.
- Bilangan penawaran tempat boleh berubah mengikut keperluan.
- Yuran dan tawaran tertakluk kepada perubahan tanpa notis.
- SPRINT berhak menentukan jumlah penyertaan dalam setiap program.
- SPRINT berhak menolak permohonan tanpa memberikan alasan.
- Peserta yang ditolak permohonannya akan mendapat pengembalian 100% keatas pembayarannya.
PERUNDING
|
Ridzuan Mohamad @Coach Francais
|
Md Azezi Husain @ Abdullah
|