Matlamat kami sejak tahun 2008 adalah untuk menggalakkan lebih ramai pemilik perniagaan mempelajari sistem Licensing Pra-Francais atau Sistem Lantikan Rakan Niaga.
Sistem licensing dapat membantu pemilik-pemilik perniagaan kekal dan berdaya saing dalam pasaran walaupun mereka berniaga dengan modal yang terhad.
80% jenama-jenama francais terkemuka mula bina rangkaian outlet dengan menggunakan sistem licensing, sebelum naik taraf perniagaan mereka ke sistem francais yang lebih lengkap dan komprehensif,
Sistem licensing dapat membantu pemilik-pemilik perniagaan kekal dan berdaya saing dalam pasaran walaupun mereka berniaga dengan modal yang terhad.
80% jenama-jenama francais terkemuka mula bina rangkaian outlet dengan menggunakan sistem licensing, sebelum naik taraf perniagaan mereka ke sistem francais yang lebih lengkap dan komprehensif,
ADAKAH ANDA INGIN TAMBAH SUMBER PENDAPATAN ANDA?
- Kami ingin menjemput anda untuk menjadi Marketing Partner (Rakan Pemasaran) bagi mempromosi program Masterclass Licensing Pra-Francais.
- Kami memperuntukkan 20% komisyen ke atas yuran dari penyertaan pelanggan berbayar yang anda rujuk ke program Masterclass Licensing Pra-Francais.
- Jika anda berminat sila daftar secara online. Penyertaaan anda sebagai Marketing Partner adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang dinyatakan dalam laman web ini.
- Jika anda mempunyai pertanyaan, sila whatsapp ke 019.429.8400
- Sila rujuk Keterangan, Terma dan Syarat Penyertaan sebelum daftar
KETERANGAN, TERMA & SYARAT PENYERTAAN KE PROGRAM MARKETING PARTNER
APAKAH PROGRAM MARKETING PARTNER
- Program Marketing Partner adalah program lantikan Marketing Partner bagi memasarkan program dan produk dan perkhidmatan di laman web dagang milik syarikat-standard.my dan standardakademi.com.
- Program Marketing Partner menggunakan sistem single level marketing (bukan multi level marketing) bagi pengiraan komisyen Marketing Partner.
- Penyertaaan ke Program Marketing Partner adalah percuma.
ADAKAH SAYA LAYAK MENJADI MARKETING PARTNER?
Anda boleh memohon menjadi Marketing Partner jika anda memenuhi kriteria minima berikut:
- Warganegara, bumiputera lelaki dan wanita.
- Berumur 30 – 50 tahun.
- Aktif di media sosial peribadi.
- Boleh membuat pemasaran secara online secara profesional.
- Matang dan berpengetahuan tentang hal-hal berkaitan perniagaan kecil.
BERAPA PENDAPATAN SAYA BOLEH JANA DARI PROGRAM INI?
- Komisyen bulanan yang dibayar kepada anda berdasarkan jumlah jualan yang anda capai secara individu.
- Pendapatan yang boleh dijana dari program adalah tidak terhad.
- Pendapatan sebenar setiap Marketing Partner tidak dapat dianggarkan kerana Marketing Partner beniaga dalam pasaran yang lebih luas dan tidak terbatas.
- Apabila Marketing Partner berniaga tanpa banyak pesaing yang menjual program dan produk yang sama, pendapatan semaksima mungkin adalah tidak mustahil.
- Kami tidak memberikan jaminan jumlah pendapatan yang boleh dijana.
- Jumlah pendapatan sebenar bergantung kepada komitmen yang diberikan oleh Marketing Partner.
BAGAIMANA PEMBAYARAN KOMISYEN SAYA DILAKUKAN?
- Bayaran untuk program atau program dan produk digital sebelum 15hb dan 30hb pada setiap bulan ke akaun Marketing Partner melalui online / pemindahan bank.
- Bayaran komisyen untuk program dan produk fizikal – Pengiraan dan pembayaran dibuat selepas 45 hari pembelian dan pembayaran oleh pelanggan. Selepas tempoh jaminan wang dipulangkan.
- Komisyen dikira setelah menolak diskaun promosi yang diberikan kepada pelanggan.
- Komisyen dikira setelah menolak caj oleh payment gateway provider.
DIMANA SAYA BOLEH MEMBUAT PEMASARAN ONLINE?
- Anda bebas membuat pemasaran di email, laman web, blog dan social media yang anda pilih.
- Walaubagaimanapun anda tidak dibenarkan membuat pemasaran spam, dan pemasaran di laman web, blog dan social media yang berkaitan / berunsurkan seks, agama, politik dan keganasan.
BAGAIMANA SAYA BOLEH DAPATKAN MAKLUMAT PRESTASI & KOMISYEN?
- Pada setiap bulan anda akan diberikan (email) penyata pencapaian jualan berserta pembayaran komisyen jika terdapat transaksi.
APAKAH KEGUNAAN KOD MARKETING PARTNER?
- Kod Marketing Partner digunakan bagi pengenalan diri dan pengiraan komisyen Marketing Partner
- Kod Marketing Partner juga merupakan Kod Kupon atau Coupon Kod atau Discount Code untuk pelanggan mendapatkan diskaun atas pembelian.
BERAPA RAMAI SUB-MARKETING PARTNER YANG BOLEH SAYA LANTIK?
Anda tidak dibenarkan melantik Marketing Partner dibawah anda.
ADAKAH JUALAN MINIMA YANG PERLU SAYA CAPAI?
Tiada kuota jualan minima ditetapkan untuk anda.
ADAKAH NAMA SAYA BOLEH DIBATALKAN?
- Jika anda tidak aktif membuat jualan dalam tempoh tiga (3) bulan berturutan, nama anda boleh dibatalkan dari senarai Marketing Partner secara automatik.
- Anda perlu membuat permohonan baru jika ingin menyambung keahlian anda sebagai Marketing Partner..
- Syarikat mempunyai hak untuk membatalkan nama anda sebagai Marketing Partner tanpa perlu memberi notis awal. Anda akan dimaklumkan jika terdapat sebarang pembatalan.
APAKAH SOKONGAN YANG BOLEH SAYA DAPAT DARI PROGRAM?
- Bagi menyokong perniagaan Marketing Partner, pihak syarikat membuat pemasaran berpusat (centralized marketing) berkaitan program secara online dan offline.
- Pihak syarikat juga menyediakan khidmat pengurusan pesanan bagi pihak Marketing Partner – pertanyaan program dan produk, penghantaran dan pembayaran pesanan.
- Dari masa ke semasa, syarikat akan menganjurkan sesi-sesi latihan pengenalan program dan produk secara percuma kepada Marketing Partner.
- Syarikat akan mengekalkan direktori Marketing Partner yang aktif di laman web rasmi syarikat.
APAKAH PERBEZAAN PROGRAM MARKETING PARTNER BERBANDING PROGRAM AFFILIATE LAIN?
Program Marketing Partner memberikan fokus kepada 4 aspek utama bagi memastikan anda dapat sustain sebagai Marketing Partner untuk jangkamasa panjang:
- Mengurangkan persaingan melalui lantikan bilangan Marketing Partner yang terhad dalam satu-satu masa.
- Pembangunan kemahiran perniagaan Marketing Partner melalui online tutorial secara percuma.
- Pemilihan program dan produk yang berkualiti dan évergreen dalam sektor perniagaan kecil.
- Sokongan pemasaran dan pengurusan program secara berpusat.
BERAPA RAMAI MARKETING PARTNER DIPERLUKAN?
- Pada masa ini syarikat hanya akan melantik seramai 10 orang Marketing Partner pada satu-satu masa.
- Sekiranya syarikat menerima lebih permohonan dari jumlah Marketing Partner yang diperlukan, syarikat akan meletakkan ke dalam waiting list.
- Dari masa ke semasa, berdasarkan kepada penilaian prestasi Marketing Partner, syarikat berhak menambah bilangan Marketing Partner mengikut keperluan semasa.
BERAPA LAMA PROGRAM INI AKAN BERJALAN?
Program ini tidak ada tarikh tamat spesifik. Syarikat mempunyai hak untuk menamatkan program ini tanpa notis awal. Marketing Partner akan dimaklumkan jika terdapat sebarang penamatan.
PENAFIAN
Syarikat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang perbelanjaan, kerugian, saman dan liabiliti yang mungkin timbul akibat dari tindakan Marketing Partner dalam menjalankan aktiviti pemasaran program dan produk.