Pengenalan Sistem Francais
Pengenalan Sistem Francais
Francais adalah satu kaedah untuk meluaskan perniagaan. Ia boleh menjadi cara yang sangat berkuasa bagi syarikat untuk berkembang, tetapi ia tidak sesuai untuk setiap syarikat. Francais adalah satu kaedah alternatif untuk berkembang.
Francais adalah berdasarkan hubungan kontrak antara pemilik jenama (francaisor) dan pengendali tempatan (francaisee) untuk mengedarkan produk atau perkhidmatan menggunakan nama jenama dan sistem francaisor.
Pada asasnya, francais adalah tentang hubungan antara francaisor dan francaisi. Francaisor menyediakan kepimpinan dan sokongan kepada francaisi, dan mengawal sedikit operasi francais dan pematuhan francaisi terhadap garis panduan jenama. Sebagai pertukaran, francaisi biasanya membayar yuran awal sekali (dikenali sebagai yuran francais) dan yuran berterusan (dikenali sebagai royalti) kepada francaisor.
Dalam francais, francaisor tidak mengawal urusan harian francaisi. Tugas francaisor adalah menetapkan dan menegakkan piawai jenama; tugas francaisi adalah menguruskan perniagaan mereka dan staf untuk mencapai piawai jenama tersebut. Apabila struktur dan pengurusan dilakukan dengan betul, baik francaisor mahupun francaisi mendapat manfaat kewangan daripada hubungan tersebut.

FRANCAIS FORMAT PERNIAGAAN
Francais Format Perniagaan
Jenis francais yang dibenarkan di Malaysia adalah jenis francais format perniagaan (business format franchising). Dalam jenis hubungan ini, francaisor memberikan lesen untuk sistem penyampaian produk dan perkhidmatan, bukan sekadar nama jenama mereka.
Dalam francais ini, francaisor biasanya menyediakan manual operasi dan latihan, sokongan berterusan, kawalan kualiti, dan strategi pemasaran sebagai sebahagian daripada sistem francais mereka. Terdapat pelbagai industri yang semakin berkembang yang menggunakan francais, dan di Malaysia terdapat lebih 1,000 jenama yang berbeza saat ini menggunakan sistem francais.

PERUNDANGAN SISTEM FRANCAIS
Perundangan Sistem Francais
Di Malaysia, Sistem Francais tertakluk dibawah Akta Francais 1998 (Pindaaan 2020). Bagi pemilik perniagaan yang ingin menawarkan peluang perniagaan menggunakan sistem francais, mereka perlu memperoleh kelulusan (lesen) dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN).
Sistem francais sesuai untuk syarikat yang telah memenuhi beberapa perkara pra-keperluan sebelum memohon lesen francais dari KPDNHEP. Antara perkara-perkara utama pra-keperluan tersebut ialah:
Jangkamasa penyediaan syarikat sehingga mendapatkan lesen francais biasanya berkisar antara 3 hingga 9 bulan, bergantung kepada kesediaan syarikat untuk menyediakan dokumen dan maklumat yang diperlukan oleh KPDNHEP serta proses penilaian dan kelulusan dari pihak KPDN.

- Berstatus syarikat sendirian berhad.
- Boleh mengemukakan Laporan Audit syarikat untuk 3-tahun terkini.
- Cap dagangan atau jenama yang telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Harta Intelek Malaysia.
- Memiliki konsep outlet yang telah berjalan dan terbukti menghasilkan jualan dan keuntungan.
- Memenuhi keperluan lain yang ditetapkan oleh KPDNHEP, seperti rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), rekod insolvensi, manual operasi, manual latihan, perjanjian francais, dan dokumen sokongan yang berkaitan.
Jangkamasa penyediaan syarikat sehingga mendapatkan lesen francais biasanya berkisar antara 3 hingga 9 bulan, bergantung kepada kesediaan syarikat untuk menyediakan dokumen dan maklumat yang diperlukan oleh KPDNHEP serta proses penilaian dan kelulusan dari pihak KPDN.
Akta Francais 1998 (Pindaan 2020)
Akta Francais 1998 (Pindaan 2020)
Industri francais di Malaysia tertakluk dibawah Akta Francais 1998 (Pindaan 2020). Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) bertanggungjawab untuk mengawal selia dan mengeluarkan lesen francais kepada syarikat-syarikat yang ingin beroperasi sebagai francais di Malaysia.
Di bawah Akta Francais, peluang perniagaan yang mempunyai ciri-ciri francais adalah perniagaan yang membenarkan pihak lain untuk mengendalikan perniagaannya mengikut sistem yang seragam. Selain itu, pemilik perniagaan juga membenarkan pihak lain menggunakan cap dagangan atau hak milik intelek mereka. Pemilik perniagaan juga melaksanakan kawalan berterusan ke atas perniagaan yang dikendalikan oleh pihak yang berkenaan. Sebagai balasan, pemilik perniagaan mengenakan fi atau bentuk balasan lain kepada pihak yang berkenaan sebagai bayaran untuk hak penggunaan harta intelek dan kawalan perniagaan.
Setiap pemilik perniagaan yang ingin menawarkan perniagaan dengan ciri-ciri francais harus mendaftarkan perniagaan mereka sebagai francais di KPDNKK. Kegagalan untuk berbuat demikian akan dikenakan kompaun. Oleh itu, penting bagi pemilik perniagaan untuk mematuhi peraturan dan undang-undang yang berkaitan dengan francais untuk memastikan operasi perniagaan mereka berjalan dengan sah dan teratur.
AKTA FRANCAIS 1998 – “Dibawah seksyen 6 (1) & (2) Akta Francais 1998, seseorang Pemilik perniagaan hendaklah mendaftarkan perniagaannya dengan Pendaftar Francais & menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 36 yang mana kegagalan untuk berdaftar membolehkan Pemilik perniagaan dikenakan denda sehingga RM250,000 bagi kesalahan pertama & RM500,000 bagi kesalahan berikutnya.”
PENTING: Anda tidak boleh menawarkan sebarang peluang perniagaan yang mempunyai ciri-ciri francais seperti mengenakan yuran untuk menggunakan jenama dan harta intelek anda, menetapkan rakan niaga untuk mematuhi cara operasi perniagaan anda dan mengawal operasi perniagaan rakan niaga.

STRUKTUR PERNIAGAAN FRANCAIS
Struktur Perniagaan Francais
Anda, sebagai pemilik jenama, dikenali sebagai francaisor, manakala rakan niaga yang membeli pakej perniagaan dari anda dikenali sebagai francaisi. Hubungan antara francaisor dan francaisi diatur dan didefinisikan melalui Perjanjian Francais.
Dalam Perjanjian Francais, anda bersetuju untuk memberikan hak penggunaan jenama, harta intelek, latihan, sokongan, dan kaedah perniagaan kepada francaisi. Sebagai balasan atas keistimewaan ini, francaisi bersetuju untuk membayar pelbagai jenis yuran, termasuk yuran francais, royalti bulanan, yuran latihan, yuran profesional, yuran iklan, bekalan stok, dan pelaburan lain yang berkaitan dengan konsep perniagaan anda.
Ini bermakna francaisi akan mendapatkan manfaat daripada penggunaan jenama, pengetahuan, dan sokongan yang anda berikan, sementara anda sebagai francaisor akan menerima pendapatan dari yuran dan royalti yang dibayar oleh francaisi.
Dengan cara ini juga, Perjanjian Francais membentuk landasan kerjasama yang saling menguntungkan antara anda sebagai francaisor dan francaisi dalam perniagaan ini.

STRUKTUR SISTEM FRANCAIS DI MALAYSIA
Struktur Sistem Francais di Malaysia
Pihak-pihak yang anda akan kerap anda berhubungan dalam sistem francais:
Francaisor:
Anda, sebagai pemilik jenama dan syarikat sendirian berhad, telah diberikan lesen untuk menawarkan peluang perniagaan francais kepada orang awam di Malaysia.
Francaisi:
Pihak yang membeli peluang perniagaan francais dari anda dan beroperasi mengikut akta, perjanjian francais yang ditandatangani, serta standard operasi yang anda tetapkan.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN):
Sebagai francaisor di Malaysia, anda perlu mendapatkan kelulusan atau lesen francais yang dikeluarkan oleh KPDN. Lesen ini perlu diperbaharui setiap 5 tahun sekali, dan setiap tahun anda dikehendaki menghantar laporan status perniagaan dan bilangan francaisi kepada KPDN.
Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS):
PERNAS adalah agensi di bawah KPDN yang bertanggungjawab memajukan industri francais negara. PERNAS menyediakan program latihan perniagaan dan fasiliti kewangan dalam bentuk pinjaman kepada syarikat francaisor dan francaisi yang memerlukan.
Persatuan Francais Malaysia:
Sebagai francaisor, anda berpeluang menjadi ahli persatuan dengan membayar yuran keahlian tahunan. Persatuan francais menyimpan maklumat ahli (syarikat francais) yang akan menjadi rujukan bagi pelabur luar yang berminat membeli peluang perniagaan francais di Malaysia. Selain itu, persatuan juga menyelenggara latihan dan mengikuti program-program berkaitan francais yang dianjurkan oleh kerajaan.
Perunding Francais:
Anda boleh mendapatkan perkhidmatan profesional daripada perunding francais jika ingin memohon lesen francais, melatih kakitangan francais, atau merancang perkembangan rangkaian francais anda. Perunding francais yang berpengalaman dapat menyediakan pelan perniagaan dan pelan pendapatan anda untuk tempoh hingga 20 tahun sebagai panduan untuk mengurus perkembangan perniagaan anda.

Kenapa Anda Perlu Amal Sistem Francais
Kenapa Anda Perlu Amal Sistem Francais
Anda perlukan sistem francais dalam perniagaan anda atas beberapa sebab yang penting. Pertama, jika perniagaan anda menghadapi cabaran dari pesaing yang lebih besar atau terlalu ramai, dan pasaran sedia ada semakin terhad, sistem francais dapat membantu anda untuk bersaing dengan lebih efektif.
Selain itu, sistem francais adalah penting jika anda ingin meluaskan pasaran, serta mengurus dan mengawal rangkaian rakan niaga, pengedar, dan stokis dengan lebih cekap. Ini akan membolehkan perniagaan anda berkembang dan berjaya dalam jangka masa panjang.
Perlu diingat bahawa sistem francais bukan hanya untuk perniagaan bersaiz besar sahaja. Walaupun anda mungkin tidak merancang untuk mengembangkan perniagaan sedia ada menjadi rangkaian francais, anda pasti menghargai dan menyedari kepentingan untuk mempunyai sistem operasi yang diakui oleh pelanggan, industri, kementerian, dan agensi kerajaan.
Sistem francais membawa kelebihan yang sangat penting bagi setiap perniagaan dan usahawan bumiputera. Ia diperlukan untuk meningkatkan keyakinan pasaran terhadap perniagaan, produk, dan perkhidmatan anda, tanpa mengira jenis, struktur, atau saiz perniagaan anda.
Jika anda mencari penyelesaian kepada masalah tunai dan operasi perniagaan anda, maka sistem francais adalah jawapannya.

EMPAT FASA PEMBANGUNAN FRANCAIS
Fasa 1: Penilaian Kesediaan
Francais adalah pendekatan berkesan dan berkuasa untuk mengedarkan produk dan perkhidmatan kepada pengguna serta perniagaan lain. Untuk menjayakan konsep francais anda, anda perlu menjawab soalan-soalan berikut:
Faktor-faktor lain yang perlu dipertimbangkan dalam proses penilaian kesediaan anda:
Jika anda benar-benar serius untuk menjadi francaisor, anda perlu memulakan perancangan standard francais dalam perniagaan anda sekarang. Walaupun proses ini akan mengambil masa untuk dilaksanakan dalam perniagaan anda, memulakan langkah-langkah francais secara berperingkat dan proaktif dari hari ini adalah lebih baik daripada bersikap pasif tanpa perancangan dan tindakan yang jelas.
Untuk membina kemahiran pengurusan rangkaian francais kelak, anda mempunyai pilihan untuk bermula dengan sistem licensing (pelesenan pra-francais). Pada masa yang sama anda boleh mula menjana pendapatan dari rangkaian licensing untuk membiayai projek francais anda kelak.

- Adakah konsep perniagaan anda boleh disalin dengan kos yang berkesan dan tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi dari segi kos permulaan dan pengoperasian? Ini bergantung kepada industri yang anda ceburi.
- Adakah anda boleh menyediakan dokumen-dokumen francais yang diperlukan seperti perjanjian francais, manual operasi, manual latihan, dan manual pengurusan program?
- Adakah anda mempunyai kemahiran yang boleh dilatih dan dipindahkan kepada francaisi agar mereka dapat mengendalikan perniagaan seperti yang anda lakukan?
- Adakah anda mempunyai pasukan pengurusan yang cekap dan terlatih untuk memberikan khidmat nasihat pengurusan dan operasi perniagaan kepada francaisi?
- Adakah anda mempunyai sistem untuk memastikan operasi rangkaian perniagaan anda berjalan seperti yang ditetapkan dalam dokumen operasi?
- Adakah perniagaan anda telah berjalan sekurang-kurangnya selama tiga tahun?
- Adakah konsep perniagaan yang ingin anda jadikan francais telah berada di pasaran selama enam bulan atau lebih?
- Adakah pasaran yang anda sasar sedang berkembang dan berpotensi untuk dilibatkan oleh lebih ramai francaisi?
- Adakah anda mempunyai akses kepada peguam dan penasihat yang mempunyai pengetahuan yang baik tentang francais?
- Adakah anda mempunyai masa untuk merancang dan melaksanakan usaha francais anda?
- Adakah anda mempunyai pelan tindakan (minima 5 tahun) untuk projek francais anda?
- Adakah anda sedar bahawa sebagai francaisor, tanggungjawab anda adalah untuk memajukan francaisi dan bukan hanya memenuhi keperluan peribadi?
- Adakah anda mempunyai kawalan ke atas kualiti produk atau perkhidmatan utama perniagaan yang ingin difrancaiskan?
- Adakah anda boleh membekalkan bahan mentah secara konsisten dan pada harga yang mencukupi untuk francaisi anda?
Faktor-faktor lain yang perlu dipertimbangkan dalam proses penilaian kesediaan anda:
- Perniagaan yang boleh difrancaiskan adalah perniagaan yang menguntungkan, mudah dicontohi, dan mempunyai sistem operasi yang didokumentasikan dan mudah diikuti oleh francaisi lain.
- Anda perlu memberikan fokus kepada perkembangan rangkaian perniagaan francaisi, bukan hanya perkembangan perniagaan anda sendiri.
- Jangan memulakan projek francais sehingga anda mempunyai sekurang-kurangnya satu outlet/perniagaan yang ingin difrancaiskan dan telah beroperasi selama sekurang-kurangnya 6 bulan dengan jualan dan keuntungan yang konsisten.
- Anda memerlukan sekurang-kurangnya enam bulan untuk menentukan sama ada konsep perniagaan anda dapat berjaya dan dijalankan oleh pihak lain (francaisi). Keputusan francais tidak boleh dibuat hanya berdasarkan idea yang bagus atau naluri.
- Anda perlu mempunyai dana yang mencukupi untuk menyediakan infrastruktur yang diperlukan untuk membiayai program francais, termasuk perkhidmatan peguam, perunding francais, kakitangan pengurusan francais, dan dokumen-dokumen francais.
- Sektor francais adalah dikawal selia di bawah Akta Francais. Oleh itu, anda perlu memahami dan mematuhi peraturan undang-undang yang berkaitan dengan tanggungjawab francaisor dan francaisi.
- Anda perlu menyediakan perancangan perniagaan yang menyeluruh yang meliputi setiap aspek perniagaan anda. Biasanya, membangunkan rangkaian perniagaan francais mengambil masa antara 18 hingga 36 bulan untuk mendapatkan pulangan pelaburan francais.
- Pengurusan francais adalah berbeza daripada pengurusan perniagaan anda sendiri. Sebagai francaisor, anda perlu memberikan perhatian kepada penjualan sistem perniagaan dan peluang perniagaan. Oleh itu, anda perlu menyediakan pengurus yang dapat membantu anda menguruskan operasi harian perniagaan sedia ada.
- Walaupun anda berminat dan yakin untuk berkembang sebagai francaisor, konsep anda perlu benar-benar boleh berjaya sebagai francais.
- Pastikan anda mempunyai masa, sumber kewangan, pengurusan, dan pakar atau penasihat yang berkelayakan dan berpengalaman untuk melaksanakan program francais anda.
- Baca sebanyak mungkin mengenai francais dan berbincang dengan francaisor yang berjaya untuk memahami dengan lebih mendalam tentang sektor francais.
Jika anda benar-benar serius untuk menjadi francaisor, anda perlu memulakan perancangan standard francais dalam perniagaan anda sekarang. Walaupun proses ini akan mengambil masa untuk dilaksanakan dalam perniagaan anda, memulakan langkah-langkah francais secara berperingkat dan proaktif dari hari ini adalah lebih baik daripada bersikap pasif tanpa perancangan dan tindakan yang jelas.
Untuk membina kemahiran pengurusan rangkaian francais kelak, anda mempunyai pilihan untuk bermula dengan sistem licensing (pelesenan pra-francais). Pada masa yang sama anda boleh mula menjana pendapatan dari rangkaian licensing untuk membiayai projek francais anda kelak.
Fasa 2: Perancangan Francais
Fasa perancangan francais adalah tahap di mana anda perlu menyediakan satu pelan perniagaan dan pelan tindakan untuk menyediakan perniagaan anda ke arah francais sebelum mendaftarkan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN).
Selepas menjalani penilaian kesediaan, perniagaan anda akan berada dalam salah satu daripada tiga situasi berikut:
Jika perniagaan anda tergolong dalam Peringkat 1 dan 2 di atas, anda digalakkan untuk membuat persediaan awal dan mendaftarkan perniagaan anda sebagai francais apabila syarat dan keperluan asas telah dipenuhi.
Namun, jika perniagaan anda berada di Peringkat 3 dan 4, disyorkan untuk menilai semula potensi perniagaan anda dari segi penawaran produk atau perkhidmatan, pemilihan lokasi, pengurusan kewangan, dan operasi, serta mendapatkan nasihat pakar untuk merancang semula perniagaan anda.
Apa Yang Perlu Dirancang?
Objektif Francais
Tetapkan tujuan sebenar anda untuk menjadi francais. Setiap pemilik syarikat atau perniagaan yang ingin berkembang melalui francais mempunyai alasan masing-masing. Walaubagaimanapun, pastikan tujuan anda adalah menjurus kepada perkembangan syarikat sebagai rangkaian francais yang berjaya.
Hindari tujuan yang menyimpang dari matlamat sebenar francais, seperti menggunakan francais untuk menyelesaikan hutang syarikat, mendapatkan pinjaman atau geran daripada kerajaan, mencari keuntungan tanpa usaha lebih, atau melihat francais sebagai jalan cepat untuk mengumpul kekayaan tanpa bekerja keras.
Kewangan
Adakah anda mempunyai bajet untuk melaksanakan perancangan francais anda? Jika ada kemampuan kewangan, anda boleh mempercepatkan program francais dengan menggunakan khidmat perunding francais. Jika tidak, anda perlu melakukannya sendiri atau menggaji kakitangan khas.
Program francais akan memerlukan dana untuk melatih kakitangan francais, menyediakan dokumen francais, menjalankan aktiviti pemasaran dan penjenamaan, memperbaiki outlet, serta melakukan kajian produk atau perkhidmatan yang sesuai untuk difrancaiskan.
Operasi
Tentukan penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam operasi perniagaan anda dan bagaimana untuk meningkatkan efisiensi operasi sedia ada. Dokumentasikan sistem operasi yang telah diperbaharui dalam Manual Operasi dan Manual Latihan. Seringkali, semasa perancangan dan penilaian operasi, pihak pengurusan mendapati ketidakseimbangan tenaga kerja di jabatan atau bahagian operasi, dengan kelebihan atau kekurangan pekerjaan, serta pembaziran tenaga dan bahan mentah. Dengan melakukan penstrukturan operasi, anda dapat memaksimumkan kecekapan operasi dan mengurangkan penggunaan tenaga.
Adakah anda memahami keadaan operasi perniagaan anda dari segi penggunaan tenaga kerja dan bahan mentah? Adakah operasi perniagaan anda dapat diperbaiki?
Sumber Manusia
Siapa yang akan membantu anda merancang dan melaksanakan program francais anda? Pada peringkat awal, jika perlu dan mampu, anda boleh mendapatkan nasihat daripada perunding francais yang berdaftar dengan KPDNKK. Sebagai alternatif, anda juga boleh mendapatkan panduan dari laman web ini. Anda perlu menentukan kakitangan yang boleh dipercayai dan memberikan perhatian penuh kepada program francais atau membantu menguruskan operasi harian, sementara anda memberi fokus kepada program francais.
Produk / Perkhidmatan
Apakah produk dan perkhidmatan yang sesuai untuk ditawarkan sebagai francais? Tidak semua produk dan perkhidmatan yang sedia ada sesuai untuk ditawarkan dalam rangkaian francais anda. Anda perlu membuat pemilihan produk dan perkhidmatan yang sesuai berdasarkan margin keuntungan, masa penyediaan, dan kemahiran khas yang diperlukan. Produk dan perkhidmatan dengan kos tinggi, harga rendah, atau keuntungan terlalu rendah tidak sesuai untuk ditawarkan sebagai francais. Produk dan perkhidmatan yang memerlukan masa yang panjang untuk disediakan mungkin akan mengganggu operasi. Pastikan francaisi mampu menyediakan produk dan perkhidmatan tersebut dengan kualiti yang konsisten.
Jualan dan Keuntungan
Berapa banyak pendapatan yang anda ingin peroleh dari program francais? Pendapatan dari perniagaan francais tidak hanya datang daripada jualan produk dan perkhidmatan. Anda perlu merancang sumber pendapatan dari yuran francais ketika francaisi menandatangani perjanjian, royalti bulanan berdasarkan peratusan jualan kasar outlet francaisi setelah beroperasi, yuran pengiklanan bulanan berdasarkan peratusan jualan kasar outlet francaisi setelah beroperasi, yuran latihan untuk francaisi sebelum memulakan perniagaan, dan pembekalan bahan mentah atau stok yang berterusan kepada francaisi.
Pembukaan Unit Francais
Berapa banyak francaisi yang ingin anda lantik dan di mana? Anda perlu menyediakan jadual tahunan untuk pembukaan outlet atau pelantikan francaisi. Melalui jadual ini, anda boleh merancang persediaan kakitangan, pembelian stok, keperluan kewangan, dan lain-lain bagi perancangan syarikat.
Bekalan Bahan Mentah
Adakah pembekal anda sekarang mampu untuk menyediakan bekalan yang mencukupi dan berkualiti apabila rangkaian francais anda berkembang? Anda perlu menilai kemampuan pembekal sedia ada untuk menyediakan bekalan pada waktu yang tepat dan dengan kualiti yang tinggi apabila rangkaian francais anda berkembang. Selain daripada tempoh pembekalan dan kualiti bahan mentah, anda juga perlu tawar-menawar dengan pembekal utama (bahan mentah dan kontraktor) untuk mendapatkan harga yang baik, keutamaan dalam pembekalan bahan mentah, dan kemudahan kredit yang lebih baik daripada yang ada sekarang. Adalah penting untuk anda mengawal bekalan mentah bagi memastikan rangkaian francais anda dapat bertahan dalam jangka panjang.

- Perniagaan anda telah memenuhi semua keperluan dari segi konsep, rekod jualan, kewangan, dan berkemampuan untuk difrancaiskan dalam masa terdekat dalam tempoh 6 hingga 12 bulan terdekat.
- Perniagaan anda berpotensi tetapi masih memerlukan penyediaan dokumen sistem operasi dan rekod kewangan, dan hanya boleh difrancaiskan dalam tempoh 12 hingga 24 bulan.
- Perniagaan anda tidak mencatatkan keuntungan yang konsisten dan mengalami penurunan jualan.
- Sistem operasi sukar didokumentasikan, tidak terbukti, dan anda tidak mempunyai kakitangan serta sumber kewangan yang mencukupi untuk menjadi francaisor.
Jika perniagaan anda tergolong dalam Peringkat 1 dan 2 di atas, anda digalakkan untuk membuat persediaan awal dan mendaftarkan perniagaan anda sebagai francais apabila syarat dan keperluan asas telah dipenuhi.
Namun, jika perniagaan anda berada di Peringkat 3 dan 4, disyorkan untuk menilai semula potensi perniagaan anda dari segi penawaran produk atau perkhidmatan, pemilihan lokasi, pengurusan kewangan, dan operasi, serta mendapatkan nasihat pakar untuk merancang semula perniagaan anda.
Apa Yang Perlu Dirancang?
Objektif Francais
Tetapkan tujuan sebenar anda untuk menjadi francais. Setiap pemilik syarikat atau perniagaan yang ingin berkembang melalui francais mempunyai alasan masing-masing. Walaubagaimanapun, pastikan tujuan anda adalah menjurus kepada perkembangan syarikat sebagai rangkaian francais yang berjaya.
Hindari tujuan yang menyimpang dari matlamat sebenar francais, seperti menggunakan francais untuk menyelesaikan hutang syarikat, mendapatkan pinjaman atau geran daripada kerajaan, mencari keuntungan tanpa usaha lebih, atau melihat francais sebagai jalan cepat untuk mengumpul kekayaan tanpa bekerja keras.
Kewangan
Adakah anda mempunyai bajet untuk melaksanakan perancangan francais anda? Jika ada kemampuan kewangan, anda boleh mempercepatkan program francais dengan menggunakan khidmat perunding francais. Jika tidak, anda perlu melakukannya sendiri atau menggaji kakitangan khas.
Program francais akan memerlukan dana untuk melatih kakitangan francais, menyediakan dokumen francais, menjalankan aktiviti pemasaran dan penjenamaan, memperbaiki outlet, serta melakukan kajian produk atau perkhidmatan yang sesuai untuk difrancaiskan.
Operasi
Tentukan penambahbaikan yang perlu dilakukan dalam operasi perniagaan anda dan bagaimana untuk meningkatkan efisiensi operasi sedia ada. Dokumentasikan sistem operasi yang telah diperbaharui dalam Manual Operasi dan Manual Latihan. Seringkali, semasa perancangan dan penilaian operasi, pihak pengurusan mendapati ketidakseimbangan tenaga kerja di jabatan atau bahagian operasi, dengan kelebihan atau kekurangan pekerjaan, serta pembaziran tenaga dan bahan mentah. Dengan melakukan penstrukturan operasi, anda dapat memaksimumkan kecekapan operasi dan mengurangkan penggunaan tenaga.
Adakah anda memahami keadaan operasi perniagaan anda dari segi penggunaan tenaga kerja dan bahan mentah? Adakah operasi perniagaan anda dapat diperbaiki?
Sumber Manusia
Siapa yang akan membantu anda merancang dan melaksanakan program francais anda? Pada peringkat awal, jika perlu dan mampu, anda boleh mendapatkan nasihat daripada perunding francais yang berdaftar dengan KPDNKK. Sebagai alternatif, anda juga boleh mendapatkan panduan dari laman web ini. Anda perlu menentukan kakitangan yang boleh dipercayai dan memberikan perhatian penuh kepada program francais atau membantu menguruskan operasi harian, sementara anda memberi fokus kepada program francais.
Produk / Perkhidmatan
Apakah produk dan perkhidmatan yang sesuai untuk ditawarkan sebagai francais? Tidak semua produk dan perkhidmatan yang sedia ada sesuai untuk ditawarkan dalam rangkaian francais anda. Anda perlu membuat pemilihan produk dan perkhidmatan yang sesuai berdasarkan margin keuntungan, masa penyediaan, dan kemahiran khas yang diperlukan. Produk dan perkhidmatan dengan kos tinggi, harga rendah, atau keuntungan terlalu rendah tidak sesuai untuk ditawarkan sebagai francais. Produk dan perkhidmatan yang memerlukan masa yang panjang untuk disediakan mungkin akan mengganggu operasi. Pastikan francaisi mampu menyediakan produk dan perkhidmatan tersebut dengan kualiti yang konsisten.
Jualan dan Keuntungan
Berapa banyak pendapatan yang anda ingin peroleh dari program francais? Pendapatan dari perniagaan francais tidak hanya datang daripada jualan produk dan perkhidmatan. Anda perlu merancang sumber pendapatan dari yuran francais ketika francaisi menandatangani perjanjian, royalti bulanan berdasarkan peratusan jualan kasar outlet francaisi setelah beroperasi, yuran pengiklanan bulanan berdasarkan peratusan jualan kasar outlet francaisi setelah beroperasi, yuran latihan untuk francaisi sebelum memulakan perniagaan, dan pembekalan bahan mentah atau stok yang berterusan kepada francaisi.
Pembukaan Unit Francais
Berapa banyak francaisi yang ingin anda lantik dan di mana? Anda perlu menyediakan jadual tahunan untuk pembukaan outlet atau pelantikan francaisi. Melalui jadual ini, anda boleh merancang persediaan kakitangan, pembelian stok, keperluan kewangan, dan lain-lain bagi perancangan syarikat.
Bekalan Bahan Mentah
Adakah pembekal anda sekarang mampu untuk menyediakan bekalan yang mencukupi dan berkualiti apabila rangkaian francais anda berkembang? Anda perlu menilai kemampuan pembekal sedia ada untuk menyediakan bekalan pada waktu yang tepat dan dengan kualiti yang tinggi apabila rangkaian francais anda berkembang. Selain daripada tempoh pembekalan dan kualiti bahan mentah, anda juga perlu tawar-menawar dengan pembekal utama (bahan mentah dan kontraktor) untuk mendapatkan harga yang baik, keutamaan dalam pembekalan bahan mentah, dan kemudahan kredit yang lebih baik daripada yang ada sekarang. Adalah penting untuk anda mengawal bekalan mentah bagi memastikan rangkaian francais anda dapat bertahan dalam jangka panjang.
Fasa 3: Penyediaan Dokumen Francais
Apakah jenis dokumen yang perlu anda sediakan bagi program francais anda?
Dokumen francais terbahagi kepada 4 bahagian utama:
Dokumen Perbadanan dan Kewangan Syarikat
Dokumen Perundangan Francais
Dokumen-dokumen yang menjelaskan mengenai pakej francais yang ingin ditawarkan, hubungan serta kewajipan anda sebagai francaisor dengan usahawan sebagai francaisi.
Dokumen penzahiran – dokumen yang menjelaskan mengenai syarikat anda sebagai francaisor, pakej yang anda tawarkan, tempoh francais, hak kewilayahan tanggungjawab anda sebagai francaisor serta lain-lain intipati perjanjian francais. Dokumen penzahiran perlu dilengkap melalui pendaftaran secara online di www.myfex.gov.com.my
Dokumen perjanjian francais – perlu disediakan mengikut Akta Francais 1998 (Pindaan 2020) yang mengikat (bind) francaisor dan francaisi mengenai perkara-perkara utama berikut:
Dokumen Manual Operasi dan Manual Latihan Outlet
Manual operasi dibaca bersama perjanjian francais dan merupakan perkara-perkara yang memerlukan pematuhan oleh francaisi dan francaisor. Kandungan manual menjelaskan secara terperinci mengenai kaedah pelaksanaan sesuatu tugas dalam operasi perniagaan, dan bagaimana francaisi perlu menguruskan perniagaan yang dibeli. Manual operasi merupakan dokumen mengenai standard dan kualiti operasi perniagaan yang perlu dicapai oleh francaisi.
Manual operasi digunakan sepanjang perniagaan beroperasi dalam tempoh perjanjian francais (minima 5 tahun). Manual latihan pula perkara-perkara yang terkandung dalam manual operasi disediakan dalam format yang lebih mudah bagi tujuan anda melatih francaisi. Manual latihan digunakan sebelum operasi perniagaan berjalan.
Dokumen Pengurusan Program Francais
Dokumen ini bukan dokumen wajib yang perlu disertakan semasa permohonan pendaftaran francais, walaubagaimanapun ianya sangat penting untuk rujukan anda dan kumpulan pengurusan francais bagi memastikan program francais diuruskan dengan lancar setelah mendapat lesen, seterusnya mencapai matlamat pembangunan francais yang dirancang oleh pihak pengurusan syarikat.
Dokumen pengurusan hanya untuk rujukan francaisor, bukan francaisi (yang hanya perlu diberikan dokumen Manual Operasi outlet/perniagaan, dan Manual Latihan).
Di dalam dokumen pengurusan terkandung kaedah pengurusan yang anda amalkan:

- Dokumen Perbadanan dan Kewangan Syarikat
- Dokumen Perundangan Francais
- Dokumen Operasi Francais
- Dokumen Pengurusan Program Francais
Dokumen Perbadanan dan Kewangan Syarikat
- Dokumen-dokumen yang memberikan maklumat mengenai pendaftaran syarikat anda di bawah SSM.
- Laporan dari Jabatan Insolvensi mengenai status kebankrapan pengarah-pengarah syarikat.
- Dokumen pendaftaran harta intelek (cap dagangan / jenama produk / perkhidmatan anda) dengan Perbadanan Harta Intelek (MYIPO).
- Laporan kewangan yang diaudit untuk tempoh 3 tahun terkini. Prestasi kewangan perniagaan dalam tempoh audit mestilah positif (membuat keuntungan).
- Akaun pengurusan syarikat yang memohon pendaftaran francais.
- Akaun pengurusan unit perniagaan / outlet yang hendak dijadikan contoh rujukan / prototaip francais.
- Unjuran kewangan untuk francaisi bagi tempoh francais yang diberikan (minima 5 tahun).
- Profail lengkap syarikat beserta brosur yang berkaitan.
Dokumen Perundangan Francais
Dokumen-dokumen yang menjelaskan mengenai pakej francais yang ingin ditawarkan, hubungan serta kewajipan anda sebagai francaisor dengan usahawan sebagai francaisi.
Dokumen penzahiran – dokumen yang menjelaskan mengenai syarikat anda sebagai francaisor, pakej yang anda tawarkan, tempoh francais, hak kewilayahan tanggungjawab anda sebagai francaisor serta lain-lain intipati perjanjian francais. Dokumen penzahiran perlu dilengkap melalui pendaftaran secara online di www.myfex.gov.com.my
Dokumen perjanjian francais – perlu disediakan mengikut Akta Francais 1998 (Pindaan 2020) yang mengikat (bind) francaisor dan francaisi mengenai perkara-perkara utama berikut:
Dokumen Manual Operasi dan Manual Latihan Outlet
Manual operasi dibaca bersama perjanjian francais dan merupakan perkara-perkara yang memerlukan pematuhan oleh francaisi dan francaisor. Kandungan manual menjelaskan secara terperinci mengenai kaedah pelaksanaan sesuatu tugas dalam operasi perniagaan, dan bagaimana francaisi perlu menguruskan perniagaan yang dibeli. Manual operasi merupakan dokumen mengenai standard dan kualiti operasi perniagaan yang perlu dicapai oleh francaisi.
Manual operasi digunakan sepanjang perniagaan beroperasi dalam tempoh perjanjian francais (minima 5 tahun). Manual latihan pula perkara-perkara yang terkandung dalam manual operasi disediakan dalam format yang lebih mudah bagi tujuan anda melatih francaisi. Manual latihan digunakan sebelum operasi perniagaan berjalan.
Dokumen Pengurusan Program Francais
Dokumen ini bukan dokumen wajib yang perlu disertakan semasa permohonan pendaftaran francais, walaubagaimanapun ianya sangat penting untuk rujukan anda dan kumpulan pengurusan francais bagi memastikan program francais diuruskan dengan lancar setelah mendapat lesen, seterusnya mencapai matlamat pembangunan francais yang dirancang oleh pihak pengurusan syarikat.
Dokumen pengurusan hanya untuk rujukan francaisor, bukan francaisi (yang hanya perlu diberikan dokumen Manual Operasi outlet/perniagaan, dan Manual Latihan).
Di dalam dokumen pengurusan terkandung kaedah pengurusan yang anda amalkan:
- Panduan pentadbiran program francais di ibu pejabat.
- Kaedah pemantauan operasi harian perniagaan francaisi.
- Kaedah mengaudit operasi perniagaan francais untuk tempoh masa tertentu.
- Program-program latihan dan motivasi yang dirancang untuk francaisi.
- Program pembangunan francais yang dirancang oleh pihak pengurusan.
- Pentadbiran kumpulan pengurusan francais syarikat.
- Kaedah peningkatan dan pengekalan standard serta kualiti produk / perkhidmatan di peringkat pusat / ibu pejabat.
Fasa 4: Pendaftaran Francais
Permohonan pendaftaran francais boleh dilakukan secara atas talian melalui dua cara iaitu pendaftaran sendiri (self-registration) atau melalui perkhidmatan perunding francais.
Jika anda memilih untuk mendaftar sendiri, pastikan permohonan anda lengkap mengikut standard dan keperluan yang ditetapkan oleh Pejabat Pendaftar Francais, Kementerian Perdagangan dalam Negeri (KPDN).
Pejabat Pendaftar Francais KPDNKK akan memproses dan membuat keputusan atas permohonan francais dalam tempoh 3-6 bulan. Walaubagaimanapun, tempoh ini tertakluk kepada dokumen lengkap yang disediakan syarikat dan tiada pertanyaan (inquiry) dari pejabat pendaftar.
Terjadi situasi di mana permohonan pendaftaran francais terpaksa dikembalikan kepada syarikat pemohon berkali-kali kerana maklumat dan dokumen yang dikemukakan tidak lengkap atau tidak mematuhi standard pendaftaran yang ditetapkan.
Sebelum mengemukakan permohonan, pastikan memberi perhatian yang lebih kepada dokumen-dokumen berikut:
Dalam tempoh memproses permohonan francais anda, pegawai-pegawai dari KPDNKK akan membuat lawatan ke unit / outlet prototaip anda bagi meneliti operasi perniagaan yang hendak difrancaiskan. Setelah mereka berpuas hati, notis pemakluman mengenai kelulusan akan dikeluarkan secara dalam talian dalam tempoh 2-3 minggu. Anda dikehendaki membuat pembayaran fi proses francais sebanyak RM1,000 secara dalam talian sebelum surat kelulusan rasmi dikeluarkan juga secara dalam talian.
Pengiktirafan syarikat anda sebagai francaisor merupakan kelebihan untuk perniagaan anda kerana ia meningkatkan keyakinan pasaran terhadap jenama anda. Pengiktirafan francais dari kerajaan Malaysia yang dikeluarkan merupakan alat pemasaran untuk mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi. Beroperasi sebagai francaisor juga memerlukan pematuhan kepada Akta Francais. Kegagalan untuk mematuhi boleh menyebabkan kelulusan ditarik balik oleh pihak kerajaan.

- Laporan Audit Syarikat
- Akaun Pengurusan Outlet
- Unjuran Kewangan Francaisi
- Perjanjian Francais
- Manual Operasi Outlet
- Manual Latihan Francaisi
Dalam tempoh memproses permohonan francais anda, pegawai-pegawai dari KPDNKK akan membuat lawatan ke unit / outlet prototaip anda bagi meneliti operasi perniagaan yang hendak difrancaiskan. Setelah mereka berpuas hati, notis pemakluman mengenai kelulusan akan dikeluarkan secara dalam talian dalam tempoh 2-3 minggu. Anda dikehendaki membuat pembayaran fi proses francais sebanyak RM1,000 secara dalam talian sebelum surat kelulusan rasmi dikeluarkan juga secara dalam talian.
Pengiktirafan syarikat anda sebagai francaisor merupakan kelebihan untuk perniagaan anda kerana ia meningkatkan keyakinan pasaran terhadap jenama anda. Pengiktirafan francais dari kerajaan Malaysia yang dikeluarkan merupakan alat pemasaran untuk mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih tinggi. Beroperasi sebagai francaisor juga memerlukan pematuhan kepada Akta Francais. Kegagalan untuk mematuhi boleh menyebabkan kelulusan ditarik balik oleh pihak kerajaan.
PANDUAN DAFTAR FRANCAIS
Panduan Daftar Francais
Berikut adalah senarai keperluan yang perlu anda sediakan bagi pengemukaan permohonan lesen francais ke KPDN. Dokumen dan maklumat perlu disediakan dalam format digital, PDF dan dimuat naik ke sistem pendaftaran francais online KPDN di pautan berikut:
https://myfexv2.kpdn.gov.my/
SENARAI DOKUMEN DAN MAKLUMAT:
KETERANGAN:

- Pendaftaran Cap Dagangan dengan MYIPO
- Laporan Kewangan Diaudit 3 Tahun Terkini
- Maklumat dan Foto Prototaip Outlet
- Akaun Pengurusan 6-12 Bulan Outlet Prototaip
- Manual Operasi Outlet
- Manual Latihan Francaisi
- Contoh Perjanjian Francais
- Dokumen Penzahiran Francais
- Profil Syarikat di SSM
- Keputusan Carian Kebankrapan Pengarah daripada Jabatan Insolvensi Malaysia
- Penyata Pakej Francais dan Pelaburan
- Penyata Keuntungan dan Kerugian Proforma 5 Tahun untuk francaisi
- Perjanjian Pemindahan Cap Dagangan / Deed of Assignment, jika nama yang berdaftar (pemilik) berbeza daripada syarikat pemohon francais), jika berkaitan
- Modal Berbayar syarikat yang setara atau melebihi nilai pakej yang ditawarkan, jika berkaitan
- Profil Syarikat terkini dengan carta organisasi
- Produk dan Perkhidmatan (menu) yang ditawarkan di bawah francais
- Permit oleh agensi kerajaan yang berkaitan - Sijil Kementerian Kesihatan, Kementerian Pelajaran, Jabatan Kemajuan Masyarakat dan lain-lain, jika berkaitan
KETERANGAN:
- Pendaftaran Cap Dagangan dengan MYIPO: Ini merujuk kepada pengesahan kelulusan pendaftaran cap dagangan bagi perniagaan dengan pihak MYIPO (Perbadanan Harta Intelek Malaysia).
- Laporan Kewangan Diaudit 3 Tahun Terkini: Ini merujuk kepada laporan kewangan syarikat yang telah diaudit untuk tempoh tiga tahun terkini. Laporan ini memberikan maklumat terperinci tentang prestasi kewangan syarikat selama tempoh tersebut.
- Maklumat dan Foto Outlet Prototaip: Ini merujuk kepada laporan yang menyediakan maklumat tentang outlet prototaip . Laporan ini boleh merangkumi data tentang reka bentuk, operasi, dan prestasi prototaip tersebut. Gambar-gambar ini membantu pemohon francais memahami konsep perniagaan yang diusulkan.
- Akaun Pengurusan 6-12 Bulan Outlet Prototaip: Ini merujuk kepada akaun pengurusan yang menyediakan maklumat kewangan bagi outlet prototaip selama tempoh 6-12 bulan. Akaun ini boleh meliputi pendapatan, perbelanjaan, dan hasil operasi Outlet tersebut.
- Manual Operasi Outlet: Ini merujuk kepada dokumen panduan yang memberikan arahan dan prosedur operasi untuk Outlet. Manual ini membantu pemilik perniagaan untuk mengendalikan operasi harian dengan efisien.
- Manual Latihan Francaisi: Ini merujuk kepada manual yang digunakan untuk melatih Francaisi. Manual ini merangkumi maklumat tentang produk, perkhidmatan, dan proses perniagaan yang berkaitan dengan francais.
- Contoh Perjanjian Francais: Ini merujuk kepada contoh dokumen perjanjian francais. Perjanjian ini merangkumi terma dan syarat antara Francaisor dan Francaisi.
- Dokumen Penzahiran Francais: Ini merujuk kepada dokumen yang mengandungi maklumat pendedahan tentang francais. Dokumen ini memberikan maklumat penting tentang keperluan pelaburan, tanggungjawab Francaisor-Francaisi, dan operasi yang berkaitan dengan francais tersebut.
- Profil Syarikat SSM (Francaisor): Ini merujuk kepada profil syarikat yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Profil ini merangkumi maklumat asas seperti nama syarikat, alamat, pemilik, dan maklumat pendaftaran lain yang berkaitan.
- Keputusan Carian Kebankarapan daripada Jabatan Insolvensi Malaysia: Ini merujuk kepada hasil carian mengenai status pengarah syarikat daripada Jabatan Insolvensi Malaysia. Keputusan ini menunjukkan sama ada pengarah syarikat tersebut telah diisytihar muflis atau tidak.
- Penyata Pakej Francais dan Pelaburan: Ini merujuk kepada pakej francais yang ditawarkan kepada calon Francaisi. Pakej ini merangkumi butiran mengenai kos pelaburan, faedah, dan manfaat yang akan diterima oleh Francaisi.
- Penyata Keuntungan dan Kerugian Proforma 5 Tahun untuk outlet francais: Ini merujuk kepada penyata yang menggambarkan anggaran keuntungan dan kerugian outlet francais untuk tempoh lima tahun. Penyata ini membantu calon Francaisi untuk memahami potensi kewangan jangka panjang dari pelaburan mereka dalam francais tersebut.
- Perjanjian Pemindahan Cap Dagangan (Deed of Assignment), jika nama yang berdaftar (pemilik) berbeza daripada syarikat pemohon francais: Ini merujuk kepada perjanjian yang perlu dijalankan apabila pemilik cap dagangan berbeza daripada syarikat pemohon francais. Perjanjian ini memastikan bahawa hak pemilikan cap dagangan dipindahkan dengan sah kepada syarikat pemohon francais.
- Modal berbayar yang setara atau melebihi nilai pakej yang ditawarkan: Ini merujuk kepada keperluan modal berbayar yang perlu dipenuhi oleh pemohon francais. Modal berbayar tersebut harus setara atau melebihi nilai pakej francais yang ditawarkan kepada pemohon.
- Profil syarikat terkini dengan carta organisasi: Ini merujuk kepada profil syarikat terkini yang merangkumi butiran tentang syarikat pemohon. Profil ini boleh termasuk maklumat seperti nama syarikat, alamat, struktur organisasi dengan carta organisasi, dan keterangan tentang peranan dan tanggungjawab setiap individu utama dalam syarikat.
- Produk dan perkhidmatan (menu) yang ditawarkan di bawah francais: Ini merujuk kepada senarai produk dan perkhidmatan yang akan ditawarkan oleh Francaisi. Ini termasuk senarai menu, produk-produk khas, dan perkhidmatan yang disediakan oleh francais tersebut. Maklumat ini memastikan pemohon francais memahami produk dan perkhidmatan yang akan mereka tawarkan.
- Permit daripada agensi kerajaan yang berkaitan: Sijil Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan Tinggi, dan lain-lain: Ini merujuk kepada keperluan permit daripada agensi kerajaan yang berkaitan. Contoh: Sijil dari Kementerian Kesihatan untuk menunjukkan pematuhan dengan piawaian kesihatan dan kebersihan, atau sijil daripada Kementerian Pendidikan Tinggi untuk menunjukkan pengiktirafan dan kelulusan program latihan yang berkaitan. Permit ini perlu untuk memastikan pemohon francais memenuhi persyaratan undang-undang dan piawaian yang ditetapkan oleh agensi-agensi tersebut.
Cabaran Bina Francais
Cabaran Bina Francais
Apabila membangunkan francais, terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi oleh pemilik perniagaan. Berikut adalah beberapa cabaran utama dalam membina francais:
1. Perbelanjaan pembangunan: Membangunkan francais memerlukan pelaburan yang signifikan. Pemilik perniagaan perlu menyediakan perbelanjaan untuk menyusun sistem francais yang lengkap termasuk manual operasi, latihan, pemasaran, dan sokongan teknikal. Selain itu, kos jika perlu, perbelanjaan bagi pembangunan outlet francais seperti pengubahsuaian ruang dan peralatan juga perlu ditanggung. Cabaran ini menguji keupayaan pemilik perniagaan untuk menyediakan sumber kewangan yang mencukupi untuk membangunkan francais dengan berkesan.
2. Kakitangan sokongan: Memastikan kualiti sokongan kepada francaisi adalah penting dalam menjaga reputasi jenama francais. Pemilik perniagaan perlu menyediakan kakitangan yang berkelayakan dan berpengalaman untuk memberikan sokongan kepada francaisi dalam pelbagai aspek seperti operasi, pemasaran, dan penyelesaian masalah. Menguruskan kakitangan sokongan yang berkesan dan memastikan mereka mempunyai pengetahuan yang mencukupi dalam bidang perniagaan dan jenama adalah satu cabaran dalam membina francais yang berjaya.
3. Kerenah francaisi: Francaisi mempunyai jangkamasa kontrak tertentu dan terikat dengan terma-terma yang telah ditetapkan oleh francaisor. Namun, tidak semua francaisi mematuhi sepenuhnya peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan. Cabaran ini boleh muncul dalam pelbagai bentuk seperti pengendalian perniagaan yang tidak konsisten, ketidakpatuhan terhadap piawai jenama, atau perselisihan dalam hal-hal perniagaan. Pemilik perniagaan perlu menguruskan hubungan dengan francaisi secara berkesan dan berkomunikasi dengan baik untuk menangani kerenah francaisi dan memastikan keselarasan dalam operasi perniagaan mereka.
Menghadapi cabaran-cabaran ini memerlukan kesabaran, ketekunan, dan strategi yang betul dari pemilik perniagaan. Dengan menyedari cabaran-cabaran ini, pemilik perniagaan dapat mengambil langkah-langkah yang diperlukan untuk mengatasi mereka dan membangunkan francais yang berjaya. Dalam pada itu, penyediaan dana yang mencukupi, pengurusan kakitangan sokongan yang baik, dan komunikasi yang berkesan dengan francaisi adalah kunci kejayaan dalam mengatasi cabaran-cabaran ini.

Salahanggap Pelaksanaan Sistem Francais
Salahanggap Pelaksanaan Sistem Francais
Kenapa masih terdapat pemilik perniagaan yang tidak mengamalkan sistem francais?
Kurang pendedahan, kurang maklumat, salah faham dan kurang peka antara sebab utama. Semua ini menimbulkan salahanggap terhadap amalan ini dalam perniagaan.
Salahanggap #1:
Kami Hanya Akan Menggaji Kakitangan Terbaik. Jadi Tidak Perlu Kepada Sistem
Kebanyakan perniagaan akan cuba menggaji individu terbaik dan paling berpengalaman dengan harapan individu ini akan sentiasa “tahu apa yang perlu dilakukan” sebaik sahaja diambil bekerja. Malangnya tidak semua majikan boleh menggaji 5% kelompok individu terbaik ini kerana:
Hakikatnya jika anda ingin kesemua kakitangan anda menjadi yang terbaik di bahagian masing-masing, anda perlu merekodkan / mendokumentasikan cara kerja kakitangan yang terbaik dan memindahkan kemahiran tersebut kepada kakitangan yang lain.
Kakitangan + SISTEM = Kakitangan Yang Lebih Berkemahiran
Salahanggap #2:
Menggunakan Sistem Melambatkan Tugas
Terdapat anggapan dikalangan majikan bahawa sesuatu tugas akan menjadi lebih lama untuk disiapkan sekiranya terpaksa mengikut Sistem. Realitinya cara paling berkesan dan cekap untuk melaksanakan sesuatu tugasan adalah mengikut apa yang telah direkodkan. Apabila terdapat cara yang lebih cekap dan berkesan untuk melakukan sesuatu, maka ianya perlu di kemaskini sebagai Sistem.
Salahanggap #3:
Perniagaan Kami Terlalu Kecil Untuk Memerlukan Sistem
Sektor perniagaan kecil merupakan sektor yang paling terjejas dan rugi sekiranyanya kakitangan utama / mahir berhenti atau dikenakan tindakan undang-undang, tuntutan liabiliti akibat kemalangan atau perkara luar jangkaan akibat ketiadaan Sistem. Akibatnya kebanyakan pemilik perniagaan akan menanggung kerugian dan menutup perniagaan. Selain dari melindungi perniagaan, Sistem merupakan aset yang dapat menarik pembeli sekiranya pemilik ingin menjual perniagaan. Bakal pembeli ingin tahu dan mempunyai keyakinan bahawa perniagaan yang dibeli tidak akan gagal apabila diambil alih kerana adanya Sistem.
Salahanggap #4:
Kakitangan Saya Tidak Suka Mengikut Prosedur
Kebanyakan kakitangan tidak suka kepada perubahan. Malahan mereka merasakan tidak selesa apabila anda membuat perubahan dalam organisasi, termasuklah menetapkan Sistem. Walaubagaimanapun, kebanyakan kakitangan gemar kepada tugasan yang berstruktur dan rutin. Dengan pelaksanaan Sistem, anda menyediakan persekitaran yang berstruktur dan rutin untuk diikuti. Apabila setiap orang mengikut prosedur yang telah ditetapkan, maka semua kakitangan dapat bekerja dengan lebih selesa. Sebaik sahaja semua kakitangan telah dibiasakan bekerja dalam persekitaran yang berstruktur, majoriti dari mereka akan merasa kurang selesa bekerja dalam persekikatan yang tidak bersistem dan tidak boleh dijangka. Sistem operasi anda merupakan daya penarik dalam perniagaan dan menggambarkan tahap profesionalisme perniagaan.
Salahanggap #5:
Membangun dan Melaksanakan Sistem Mahal
Bergantung kepada bagaimana ia dibangunkan dalam organisasi anda, kos membangunkan Sistem operasi adalah tinggi sekiranya dibangunkan oleh perunding profesional, dan anda menjimatkan puluhan ribu ringgit sekiranya anda melakukan proses-proses pembangunan Sistem operasi secara sendiri / in-house. Walaubagaimanapun, kos lebih tinggi terpaksa anda tanggung sekiranya perniagaan anda langsung tiada Sistem. Kos-kos ini melibatkan:

- Bayaran gaji yang perlu dibayar adalah lebih tinggi.
- iTerdapat 95% lagi kumpulan individu yang memerlukan pekerjaan pada kadar gaji yang lebih munasabah.
- Setiap organisasi perniagaan adalah tidak sama, jadi individu yang terbaik tidak semestinya tahu selok-belok perniagaan anda.
Hakikatnya jika anda ingin kesemua kakitangan anda menjadi yang terbaik di bahagian masing-masing, anda perlu merekodkan / mendokumentasikan cara kerja kakitangan yang terbaik dan memindahkan kemahiran tersebut kepada kakitangan yang lain.
Kakitangan + SISTEM = Kakitangan Yang Lebih Berkemahiran
Salahanggap #2:
Menggunakan Sistem Melambatkan Tugas
Terdapat anggapan dikalangan majikan bahawa sesuatu tugas akan menjadi lebih lama untuk disiapkan sekiranya terpaksa mengikut Sistem. Realitinya cara paling berkesan dan cekap untuk melaksanakan sesuatu tugasan adalah mengikut apa yang telah direkodkan. Apabila terdapat cara yang lebih cekap dan berkesan untuk melakukan sesuatu, maka ianya perlu di kemaskini sebagai Sistem.
Salahanggap #3:
Perniagaan Kami Terlalu Kecil Untuk Memerlukan Sistem
Sektor perniagaan kecil merupakan sektor yang paling terjejas dan rugi sekiranyanya kakitangan utama / mahir berhenti atau dikenakan tindakan undang-undang, tuntutan liabiliti akibat kemalangan atau perkara luar jangkaan akibat ketiadaan Sistem. Akibatnya kebanyakan pemilik perniagaan akan menanggung kerugian dan menutup perniagaan. Selain dari melindungi perniagaan, Sistem merupakan aset yang dapat menarik pembeli sekiranya pemilik ingin menjual perniagaan. Bakal pembeli ingin tahu dan mempunyai keyakinan bahawa perniagaan yang dibeli tidak akan gagal apabila diambil alih kerana adanya Sistem.
Salahanggap #4:
Kakitangan Saya Tidak Suka Mengikut Prosedur
Kebanyakan kakitangan tidak suka kepada perubahan. Malahan mereka merasakan tidak selesa apabila anda membuat perubahan dalam organisasi, termasuklah menetapkan Sistem. Walaubagaimanapun, kebanyakan kakitangan gemar kepada tugasan yang berstruktur dan rutin. Dengan pelaksanaan Sistem, anda menyediakan persekitaran yang berstruktur dan rutin untuk diikuti. Apabila setiap orang mengikut prosedur yang telah ditetapkan, maka semua kakitangan dapat bekerja dengan lebih selesa. Sebaik sahaja semua kakitangan telah dibiasakan bekerja dalam persekitaran yang berstruktur, majoriti dari mereka akan merasa kurang selesa bekerja dalam persekikatan yang tidak bersistem dan tidak boleh dijangka. Sistem operasi anda merupakan daya penarik dalam perniagaan dan menggambarkan tahap profesionalisme perniagaan.
Salahanggap #5:
Membangun dan Melaksanakan Sistem Mahal
Bergantung kepada bagaimana ia dibangunkan dalam organisasi anda, kos membangunkan Sistem operasi adalah tinggi sekiranya dibangunkan oleh perunding profesional, dan anda menjimatkan puluhan ribu ringgit sekiranya anda melakukan proses-proses pembangunan Sistem operasi secara sendiri / in-house. Walaubagaimanapun, kos lebih tinggi terpaksa anda tanggung sekiranya perniagaan anda langsung tiada Sistem. Kos-kos ini melibatkan:
- Pembetulan ke atas kesilapan berulang yang berlaku dalam operasi.
- Kos operasi yang tinggi kerana pengurusan tidak dapat mengenal pasti proses operasi yang paling optima.
- Peluang-peluang yang terlepas akibat operasi yang tidak cekap.
- Risiko tuntutan saman atau liabiliti akibat kemalangan dalam operasi.
- Pertumbuhan organisasi terbantut kerana pengurusan terikat kepada rutin harian dan tidak dapat fokus kepada perancangan keseluruhan organisasi.
- Kos-kos akibat ketidakcekapan dan pembaziran di atas adalah lebih tinggi dalam jangka panjang berbanding jika anda melabur untuk membangunkan Sistem dalam jangka pendek.
Kelebihan Sistem Francais Kepada Perniagaan

Sistem francais merupakan pilihan yang popular dalam dunia perniagaan kerana ia membawa pelbagai kelebihan kepada pemilik perniagaan dan francaisor. Berikut adalah beberapa sebab mengapa sistem francais menjadi pilihan yang baik:
1. Lindungi Jenama: Dalam sistem francais, francaisor memberikan lesen kepada francaisi untuk menggunakan jenama dan identiti visual syarikat. Ini memberikan perlindungan dan pengiktirafan undang-undang terhadap jenama tersebut, menghalang pihak lain daripada menyalahgunakan jenama yang telah dibina dengan usaha dan pelaburan besar.
2. Lindungi Konsep: Melalui sistem francais, pemilik perniagaan dapat melindungi dan mengekalkan konsep unik dan terbukti yang berjaya di pasaran. Konsep ini termasuk cara-cara operasi, reka bentuk perniagaan, dan strategi pemasaran yang telah terbukti berkesan.
3. Skala Ekonomi: Dalam sistem francais, francaisi dapat mengambil keuntungan daripada skala ekonomi melalui pembelian dalam jumlah besar dan perkongsian kos operasi. Ini membolehkan perolehan barang dan perkhidmatan dengan harga yang lebih rendah, menguntungkan kedua-dua francaisor dan francaisi.
4. Saluran Pengedaran: Melalui sistem francais, pemilik perniagaan dapat mengembangkan saluran pengedaran yang lebih luas dan mencapai pasaran yang lebih besar melalui rangkaian francaisi. Ini mempercepatkan perluasan perniagaan dan mencapai pelanggan di kawasan yang sebelumnya tidak dapat dijangkau oleh pemilik perniagaan secara langsung.
5. Kepelbagaian Pendapatan: Dalam sistem francais, pemilik perniagaan akan menerima pendapatan berulang daripada yuran awal dan royalti yang dibayar oleh francaisi setiap bulan. Ini memberikan stabiliti kewangan dan kepelbagaian pendapatan bagi pemilik perniagaan.
6. Jaminan Pendapatan Dibawah Akta: Akta Francais memberikan perlindungan dan jaminan undang-undang kepada pemilik perniagaan dan francaisi. Ini memastikan bahawa hak dan tanggungjawab kedua-dua pihak diakui dan dipatuhi sepenuhnya.
7. Aset Masa Depan: Dalam sistem francais, rangkaian francaisi menjadi aset yang berharga untuk pemilik perniagaan. Ia memberikan nilai jangka panjang kepada syarikat dan potensi pertumbuhan untuk masa depan.
8. Meminimakan Aduan Pelanggan dan Memaksimakan Perniagaan Berulang: Apabila sesuatu proses berulang kali dan rutin, anda dapat mengenal pasti kelemahan dalam proses tersebut yang mungkin menyebabkan aduan pelanggan; dan kelebihan proses yang memberikan kepuasan kepada pelanggan, yang dapat menggalakkan pelanggan kembali.
9. Melaksanakan Amalan Terbaik Industri: Cara paling cekap dan berkesan untuk mengendalikan perniagaan anda adalah dengan mengikut amalan terbaik industri. Dalam industri di mana anda ingin menawarkan sesuatu yang unik, anda perlu membangunkan amalan terbaik anda sendiri.
Amalan terbaik industri berubah mengikut masa dengan perkembangan kaedah pelaksanaan baru atau penambahbaikan kepada kaedah sedia ada. Oleh itu, adalah penting untuk memastikan sistem perniagaan anda tidak statik. Sistem perlu dikemaskini dari semasa ke semasa agar kekal kompetitif. Ini melibatkan penggunaan amalan terbaik industri dan pembangunan amalan dalaman dalam organisasi anda.
Di dalam industri yang matang, amalan terbaik industri mungkin kekal stabil untuk jangka masa yang lama. Namun, bagi perniagaan peruncitan dan perkhidmatan yang masih baru dan berkembang, amalan terbaik sentiasa dikemaskini dan diperbaiki, terutamanya dalam pasaran yang kompetitif.
Manfaat amalan terbaik industri termasuk:
10. Mengurangkan Gangguan kepada Kakitangan Pengurusan: Di kebanyakan organisasi, kakitangan pengurusan adalah yang paling mahal (gaji tertinggi). Oleh itu, masa dan tenaga yang diberikan oleh pengurus adalah sangat penting dan berharga untuk organisasi.
Tanpa sistem yang jelas, pengurus sentiasa perlu memenuhi keperluan kakitangan lain yang memerlukan bimbingan, pengesahan, atau kelulusan sebelum menjalankan operasi atau aktiviti. Ini akan mengganggu kelancaran tugas pengurus.
Dengan mempunyai prosedur yang jelas bagi kakitangan dalam perniagaan, gangguan kepada kakitangan pengurusan dapat dikurangkan kerana kakitangan tahu apa dan bagaimana tugas perlu dilaksanakan melalui sistem yang terdokumentasi.
Seorang pengurus yang baik tidak boleh digantikan oleh sistem dokumen, tetapi dengan adanya sistem yang komprehensif, pengurus dapat memaksimumkan masa kerja.
11. Meminimakan Keperluan Latihan: Apabila kakitangan baru diambil bekerja, masa tertentu perlu diperuntukkan untuk melatih mereka mengenai operasi yang berkaitan. Semasa tempoh latihan, kos terlibat kerana tenaga pengajar yang digunakan adalah kakitangan sedia ada dan terlatih. Kakitangan lama juga perlu memantau perkembangan kakitangan baru dari semasa ke semasa.
Sistem yang komprehensif dapat membantu kakitangan pengajar melatih secara efektif dan cekap. Pada masa yang sama, setiap aspek latihan dapat diberikan secara menyeluruh dalam jangka masa yang lebih pendek. Melalui sistem, pemantauan kakitangan baru dapat dilakukan secara teratur.
Setiap kakitangan perlu diberikan sistem yang berkaitan dengan bahagian di mana mereka ditempatkan. Dengan cara ini, kakitangan baru akan lebih cepat memahami apa yang diajar dan melaksanakan tugas mengikut keperluan sistem tanpa banyak masalah atau kesilapan.
12. Kesinambungan Operasi Tanpa Kakitangan Utama: Ketidakhadiran atau pemecatan kakitangan utama boleh memberi kesan kepada perniagaan kerana:
13. Mengawal Risiko Tuntutan Undang-Undang: Sistem yang terdokumen boleh digunakan sebagai rujukan utama apabila terdapat isu atau konflik yang timbul di antara organisasi, kakitangan, dan pelanggan.
Pemilik perniagaan atau pengurus perlu melindungi diri mereka dan organisasi dengan mempunyai sistem yang berkesan. Ini dilakukan melalui langkah-langkah proaktif berikut:
14. Penilaian Kelebihan dan Liabiliti: Sistem dapat digunakan sebagai alat untuk menilai kelebihan yang ada dalam operasi perniagaan dan pada masa yang sama mengenal pasti tahap pendedahan perniagaan terhadap risiko yang boleh menyebabkan timbulnya tuntutan liabiliti daripada pelanggan atau pesaing.
15. Asas yang Teguh untuk Pertumbuhan: Sistem yang terdokumen menyimpan rekod tentang bagaimana perniagaan sepatutnya dikendalikan. Dokumen ini adalah penting untuk menyokong pertumbuhan perniagaan dalam skala yang lebih besar, di mana operasi cawangan dapat diseragamkan walaupun dalam jarak yang jauh antara satu sama lain.
16. Memaksimumkan Nilai Jualan Perniagaan: Sistem yang terdokumen dan efisien merupakan aset yang penting dalam penilaian nilai jualan perniagaan. Dengan adanya sistem yang dapat diwarisi oleh pembeli potensi, perniagaan akan lebih menarik dan nilainya dapat ditingkatkan.
17. Mematuhi Peraturan dan Undang-Undang: Kebanyakan perniagaan tertakluk kepada peraturan dan undang-undang yang perlu dipatuhi. Dengan mempunyai sistem yang terdokumen dan berkesan, perniagaan dapat memastikan pematuhan yang tepat kepada peraturan dan undang-undang tersebut. Ini membantu mencegah potensi denda dan tindakan undang-undang yang boleh merosakkan reputasi dan kewangan perniagaan.
18. Ikatan Antara Usahawan: Sistem francais membolehkan terbentuknya hubungan dan rangkaian usahawan yang kukuh dan sukar ditandingi oleh pesaing jika objektif program difahami oleh semua usahawan (francaisor-francaisi) yang terlibat dalam program ini.
19. Pengurusan Risiko: Melalui sistem francais, risiko perniagaan dapat dikurangkan dan diurus dengan lebih berkesan, terutamanya bagi usahawan yang baru memulakan perniagaan. Pengurusan risiko ini melibatkan perkara-perkara yang terdedah kepada risiko seperti stok berlebihan, produk yang tidak laku, keluar masuk pekerja, pengurusan jenama yang lemah, produk berkualiti rendah, aliran tunai yang terhad, dan pengurusan kewangan yang lemah.
20. Pengurusan Sumber: Bagi francaisor, stok dan sumber manusia dapat diuruskan dengan lebih cekap dan dioptimumkan. Berbanding dengan membuka rangkaian (outlet) sendiri, francaisor juga tidak perlu melabur secara besar-besaran untuk membuka rangkaian (outlet) di pelbagai lokasi.
21. Penguasaan Pasaran: Bagi perniagaan yang baru mula atau tidak mempunyai kekuatan jenama, rangkaian francais memberikan kelebihan kepada usahawan untuk memasuki pasaran baru kerana pemilik lot kedai atau pengurusan bangunan tertentu lebih berminat dan yakin untuk menyewakan lot kedai kepada perniagaan yang menggunakan rangkaian francais.
22. Penerokaan Lokasi: Bagi francaisor, rangkaian francais memberikan peluang kepada jenama francaisor untuk berada di lokasi-lokasi yang sebelum ini tidak dapat diakses atau dimasuki kerana francaisi mempunyai hubungan yang baik dengan pemilik atau pengurusan lokasi strategik atau lebih memahami lokasi yang ingin diterokai.
23. Peningkatan Kecekapan: Pada peringkat permulaan, terdapat francaisi yang tidak mempunyai keupayaan untuk menyiapkan pasukan pengurusan yang cekap dan berkelayakan untuk membantu dalam operasi harian perniagaan. Tetapi melalui konsep francais, francaisor dapat memberikan panduan dan khidmat nasihat dalam operasi perniagaan secara berterusan kepada francaisi. Pada masa yang sama, francaisor dapat memberikan sokongan khidmat nasihat (kesetiausahaan dan perakaunan) secara berkala kepada francaisi dengan kadar yang sangat minimal.
24. Pengurusan Kos: Situasi ekonomi yang semakin mencabar telah menyebabkan kos bahan mentah, utiliti, dan upah meningkat. Ini memberi kesan kepada margin keuntungan perniagaan dalam pelbagai industri. Untuk meningkatkan harga jualan produk dan perkhidmatan dalam situasi ekonomi masa kini adalah sesuatu yang sangat sensitif dan boleh memberi persepsi negatif kepada pelanggan terhadap imej perniagaan.
Kesimpulannya, sistem francais adalah satu pendekatan perniagaan yang memberikan manfaat berbilang kepada pemilik perniagaan yang juga francaisor. Dengan melindungi jenama dan konsep, memperoleh skala ekonomi, memperluas saluran pengedaran, dan menawarkan kepelbagaian pendapatan, sistem francais menjadi pilihan yang bijak bagi mereka yang ingin mengembangkan perniagaan mereka dan mencapai kejayaan dalam pasaran yang semakin kompetitif.
Melalui sistem francais juga, kecekapan perniagaan dapat ditingkatkan dan pada masa yang sama kos dapat diurus dan dikurangkan. Dengan adanya rangkaian francaisi yang aktif, francaisor dapat merancang pembelian bahan mentah, membeli secara pukal, berkongsi kos untuk aktiviti pemasaran, merancang keperluan pekerja mengikut keperluan, membina jenama di pasaran untuk menarik perhatian pelanggan, dan seterusnya memindahkan semua penjimatan kos ini kepada rangkaian francaisi.

- Kaedah paling cekap dan berkesan untuk menjalankan tugas.
- Mengurangkan risiko kepada perniagaan.
- Sistem yang konsisten di mana beberapa kakitangan dalam organisasi atau cawangan yang sama menjalankan operasi dengan kaedah yang seragam.
10. Mengurangkan Gangguan kepada Kakitangan Pengurusan: Di kebanyakan organisasi, kakitangan pengurusan adalah yang paling mahal (gaji tertinggi). Oleh itu, masa dan tenaga yang diberikan oleh pengurus adalah sangat penting dan berharga untuk organisasi.
Tanpa sistem yang jelas, pengurus sentiasa perlu memenuhi keperluan kakitangan lain yang memerlukan bimbingan, pengesahan, atau kelulusan sebelum menjalankan operasi atau aktiviti. Ini akan mengganggu kelancaran tugas pengurus.
Dengan mempunyai prosedur yang jelas bagi kakitangan dalam perniagaan, gangguan kepada kakitangan pengurusan dapat dikurangkan kerana kakitangan tahu apa dan bagaimana tugas perlu dilaksanakan melalui sistem yang terdokumentasi.
Seorang pengurus yang baik tidak boleh digantikan oleh sistem dokumen, tetapi dengan adanya sistem yang komprehensif, pengurus dapat memaksimumkan masa kerja.
11. Meminimakan Keperluan Latihan: Apabila kakitangan baru diambil bekerja, masa tertentu perlu diperuntukkan untuk melatih mereka mengenai operasi yang berkaitan. Semasa tempoh latihan, kos terlibat kerana tenaga pengajar yang digunakan adalah kakitangan sedia ada dan terlatih. Kakitangan lama juga perlu memantau perkembangan kakitangan baru dari semasa ke semasa.
Sistem yang komprehensif dapat membantu kakitangan pengajar melatih secara efektif dan cekap. Pada masa yang sama, setiap aspek latihan dapat diberikan secara menyeluruh dalam jangka masa yang lebih pendek. Melalui sistem, pemantauan kakitangan baru dapat dilakukan secara teratur.
Setiap kakitangan perlu diberikan sistem yang berkaitan dengan bahagian di mana mereka ditempatkan. Dengan cara ini, kakitangan baru akan lebih cepat memahami apa yang diajar dan melaksanakan tugas mengikut keperluan sistem tanpa banyak masalah atau kesilapan.
12. Kesinambungan Operasi Tanpa Kakitangan Utama: Ketidakhadiran atau pemecatan kakitangan utama boleh memberi kesan kepada perniagaan kerana:
- Kehilangan pengetahuan dan kemahiran yang mungkin hanya dimiliki oleh kakitangan tertentu.
- Perlunya melatih kakitangan baru, yang mengambil masa.
- Kos penggunaan kakitangan lama untuk melatih kakitangan baru.
- iPerlu memberikan perhatian kepada soalan-soalan daripada kakitangan baru.
- Sistem yang terdokumen merupakan langkah untuk memastikan operasi perniagaan tidak terjejas jika berlaku kehilangan kakitangan utama.
- Terdapat organisasi di mana kehilangan kakitangan utama mengakibatkan berhenti atau pengurangan produktiviti operasi perniagaan kerana perubahan dalam kaedah pengurusan operasi.
13. Mengawal Risiko Tuntutan Undang-Undang: Sistem yang terdokumen boleh digunakan sebagai rujukan utama apabila terdapat isu atau konflik yang timbul di antara organisasi, kakitangan, dan pelanggan.
Pemilik perniagaan atau pengurus perlu melindungi diri mereka dan organisasi dengan mempunyai sistem yang berkesan. Ini dilakukan melalui langkah-langkah proaktif berikut:
- Mengemaskini sistem operasi dari semasa ke semasa agar sesuai dengan keperluan semasa.
- Memastikan setiap kakitangan memahami dan mematuhi sistem.
- Memastikan setiap kakitangan mematuhi dan memahami keperluan perniagaan pada setiap masa.