PENGENALAN SISTEM LICENSING
Pengenalan Sistem Licensing
Sekiranya perniagaan anda belum bersedia memenuhi keperluan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) untuk permohonan lesen francais, anda boleh memulakan dengan sistem perlesenan yang lebih mudah dan segera untuk dilaksanakan.
Tiada akta khusus yang mengawal selia sistem perlesenan di Malaysia. Perjanjian antara pemilik jenama dan rakan niaga bergantung kepada persetujuan bersama. Sistem perniagaan anda yang menggunakan perlesenan tidak perlu didaftarkan dengan KPDNHEP, berbeza dengan sistem francais yang memerlukan pendaftaran dan memiliki lesen francais khusus.
Amalan sistem perlesenan adalah bersifat sementara dan perlu didaftarkan sebagai francais apabila keperluan permohonan lesen francais (daripada KPDNHEP) telah dipenuhi. Ini bertujuan untuk mengelakkan jenama anda daripada disalahgunakan dan konsep perniagaan anda ditiru.
Tempoh pembangunan perniagaan dengan sistem perlesenan biasanya mengambil masa 1-3 bulan, bergantung kepada kesiapan perniagaan dan seberapa segera anda ingin memasuki pasaran untuk menawarkan peluang perniagaan.
Tujuan utama amalan sistem perlesenan adalah untuk memberi masa kepada perniagaan anda membuat persediaan (finetuning) menuju ke arah sistem francais dan memastikan pelaburan rakan niaga ke dalam perniagaan anda (lock investment).
Dengan menaik taraf perniagaan dari sistem perlesenan ke sistem francais juga dapat membantu anda mengawal rakan niaga dengan lebih baik dan mengelakkan risiko daripada didakwa oleh rakan niaga yang tidak berpuas hati dengan sistem perlesenan anda.

PERUNDANGAN SISTEM LICENSING
Perundangan Sistem Licensing
PENTING!!!
Perkara-perkara yang menyalahi undang-undang apabila anda menjual / menawarkan peluang perniagaan:
Anda tidak boleh menawarkan sebarang peluang perniagaan (licensing) yang mempunyai ciri-ciri francais seperti mengenakan yuran untuk menggunakan jenama dan harta intelek anda, menetapkan rakan niaga untuk mematuhi cara operasi perniagaan anda dan mengawal operasi perniagaan rakan niaga.
Anda tidak boleh menggunakan perkataan francais atau mengambarkan peluang perniagaan anda adalah perniagaan francais atau ala-ala francais.
Anda tidak boleh mengutip wang orang ramai bagi tujuan pelaburan sekiranya anda tiada lesen penerima deposit sah dari Bank Negara Malaysia.
Sekiranya anda menawarkan peluang perniagaan dengan perkara-perkara diatas, anda boleh dikenakan tindakan dibawah Akta Francais 1998 (Pindaan 2020), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) dan Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, Bank Negara Malaysia.
Oleh yang demikian adalah sangat penting untuk anda merancang agar penawaran pakej dan pelaburan peluang perniagaan anda tidak melanggar akta-akta diatas.
Kegagalan anda mematuhi undang-undang boleh membawa kepada risiko:

- Tindakan dibawah Akta Francais 1998 (Pind.2020) oleh KPDN kerana menawarkan peluang perniagaan ala-ala francais tanpa lesen sah
- Tindakan dibawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 oleh BNM kerana mengutip duit orang awam bagi tujuan pelaburan (perniagaan) tanpa lesen sah
KEPERLUAN SISTEM LICENSING (MENJADI LICENSOR)
Keperluan Sistem Licensing (Menjadi Licensor)
Senarai perkara perlu untuk memulakan perniagaan licensing anda:
1. Profil Licensor
Profil Licensor merangkumi maklumat penting mengenai pemilik jenama atau pemegang hak perlesenan yang menyediakan peluang perniagaan kepada pihak lain. Profil ini akan memperincikan latar belakang syarikat, pengalaman dalam industri, visi, misi, dan nilai-nilai perniagaan yang dipegang. Maklumat ini membantu calon rakan niaga memahami identiti dan reputasi Licensor, memberi keyakinan kepada mereka dalam menjalin kerjasama perniagaan.
2. Outlet Prototaip
Outlet prototaip merujuk kepada cawangan perniagaan contoh yang dibina oleh Licensor sebagai panduan bagi calon rakan niaga. Cawangan ini berfungsi sebagai model untuk mempamerkan konsep perniagaan, reka bentuk kedai, dan cara pengurusan operasi. Outlet prototaip ini memberi gambaran kepada calon rakan niaga mengenai bagaimana perniagaan akan beroperasi dalam persekitaran sebenar.
3. Pendaftaran Harta Intelek
Pendaftaran harta intelek adalah proses undang-undang yang melibatkan perlindungan jenama, paten, hak cipta, dan sebagainya bagi produk atau konsep perniagaan yang dimiliki oleh Licensor. Dengan pendaftaran ini, hak eksklusif Licensor terjamin dan memastikan bahawa rakan niaga tidak akan menyalahgunakan atau meniru konsep perniagaan tersebut.
4. Maklumat Pakej & Pelaburan
Maklumat pakej dan pelaburan merangkumi butiran mengenai jenis pakej perniagaan yang ditawarkan oleh Licensor kepada calon rakan niaga. Pakej ini boleh termasuk kos modal permulaan, yuran pendaftaran, dan bayaran royalti yang perlu dibayar oleh rakan niaga. Penjelasan terperinci tentang kandungan pakej dan manfaat yang ditawarkan akan membantu calon rakan niaga membuat keputusan yang tepat berkenaan pelaburan dalam perniagaan ini.
5. Manual Operasi
Manual operasi adalah dokumen panduan yang merangkumi prosedur dan arahan langkah demi langkah bagi pengurusan dan operasi harian perniagaan. Manual ini memberi panduan kepada rakan niaga tentang pelaksanaan proses perniagaan, standard kualiti, pengurusan stok, dan lain-lain aspek penting dalam menjalankan perniagaan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Licensor.
6. Latihan Pra & Pasca
Latihan pra dan pasca adalah komponen penting dalam penyediaan rakan niaga untuk menjalankan perniagaan dengan berkesan. Latihan pra merangkumi sesi pembelajaran sebelum perniagaan dibuka, termasuk pemahaman konsep perniagaan, pengurusan operasi, dan kemahiran perniagaan asas. Sementara itu, latihan pasca berlaku selepas perniagaan bermula dan melibatkan sokongan berterusan, pemantauan prestasi, dan pembimbingan untuk membantu rakan niaga mencapai kejayaan dalam perniagaan mereka.
7. Sokongan Perniagaan
Sokongan perniagaan yang disediakan oleh Licensor adalah rangkaian sokongan yang memberikan bantuan dan nasihat kepada rakan niaga dalam aspek perniagaan tertentu. Sokongan ini boleh termasuk bantuan dalam pemasaran dan promosi, perolehan bahan mentah, penyediaan peralatan, dan sokongan teknikal. Licensor bertanggungjawab untuk menyokong rakan niaga dengan semua sumber daya dan pengetahuan yang diperlukan untuk menjalankan perniagaan dengan berjaya.
8. Pembekalan Produk
Pembekalan produk merujuk kepada perolehan produk atau perkhidmatan dari sumber yang dipersetujui oleh Licensor. Licensor akan menyediakan rakan niaga dengan akses kepada bekalan produk yang berkualiti, bersesuaian dengan konsep perniagaan yang ditawarkan. Pengurusan pembekalan produk yang cekap adalah penting bagi rakan niaga untuk memastikan ketersediaan stok yang mencukupi dan mutu produk yang konsisten untuk memenuhi permintaan pasaran.
9. Perjanjian Perundingan / Perniagaan
Perjanjian perundingan atau perniagaan adalah dokumen rasmi yang memetakan terma dan syarat kerjasama antara Licensor dan rakan niaga. Perjanjian ini merangkumi butiran seperti hak dan tanggungjawab kedua-dua pihak, bayaran royalti, tempoh perjanjian, penyelesaian pertikaian, dan lain-lain. Perjanjian ini adalah penting untuk memastikan kejelasan dan perlindungan hak dan kepentingan kedua-dua pihak dalam kerjasama perniagaan.
10. Perjanjian Pelesenan Harta Intelek
Perjanjian pelesenan harta intelek adalah dokumen yang sah yang memberikan hak kepada rakan niaga untuk menggunakan jenama, paten, atau hak cipta yang dimiliki oleh Licensor. Perjanjian ini menetapkan syarat-syarat penggunaan hak tersebut, termasuk bayaran royalti, tempoh lesen, kawasan geografi yang dilindungi, dan lain-lain. Perjanjian ini adalah asas perjanjian antara Licensor dan rakan niaga yang melindungi hak intelektual Licensor dan memastikan perniagaan dilaksanakan dengan cara yang ditetapkan.

- Profil Licensor
- Outlet Prototaip
- Pendaftaran Harta Intelek
- Maklumat Pakej & Pelaburan
- Manual Operasi
- Latihan Pra & Pasca
- Sokongan Perniagaan
- Pembekalan Produk
- Perjanjian Perundingan / Perniagaan
- Perjanjian Pelesenan Harta Intelek

Dokumen-dokumen Licensing
PENYATA PAKEJ & PELABURAN LICENSING
Penyata Pakej & Pelaburan Licensing
3 perkara utama kewangan untuk dibincagkan dengan bakal-bakal licensee anda
Komponen-komponen Penyata Pakej & Pelaburan yang perlu anda sediakan
- Penyata pakej dan pelaburan ini digunakan untuk anda mengenalpasti perkara-perkara pelaburan yang ingin anda tawarkan kepada rakan niaga.
- Penyata yang disediakan dengan teliti dapat membantu anda merancang pendapatan akan datang, dan mengelakkan dari anda tawarkan pakej yang bawah dari nilai sebenar perniagaan anda (underquote).
- Format penyata yang sama juga digunakan untuk Penyata Pakej & Pelaburan Francais.