The Breadcrumbs widget will appear here on the published site.
Masa merupakan aset anda yang paling berharga di dalam bisnes oleh itu anda perlu belajar bagaimana untuk menguruskan masa di samping kertas-kertas kerja bisnes secara sistematik. Ini perlu dilakukan seawal bermulanya anda merancang sehingga menjalankan bisnes. Kajian mendapati apabila seseorang itu berupaya menguruskan masanya dengan baik, sama ada untuk peribadi atau bekerja, mereka ini lebih yakin untuk menghadapi cabaran semasa, bersedia menerima tugasan baru dan lebih berkualiti di dalam membuat sesuatu keputusan. Individu ini akan lebih bersedia menghadapi hari baru dan tidak merasa tertekan atau kelam kabut sepanjang menjalankan tanggungjawabnya. Teknik-teknik perancangan masa berikut diharap dapat membantu anda menggunakan masa dengan lebih produktif:- Pengurusan Masa Yang Berkesan Pengurusan masa yang berkesan bermakna anda berupaya merancang dan menggunakan masa selama 24 jam dengan aktiviti-aktiviti berfaedah. Elakkan dari mencampur-adukkan aktiviti-aktiviti peribadi dan bisnes di dalam satu masa yang sama. Lakukan sesuatu aktiviti itu mengikut jadual dan kepentingannya. Gunakan diari yang mudah dibawa untuk mencatatkan aktiviti-aktiviti penting, rutin (harian) dan temujanji. Catatkan senarai lain-lain perkara yang kurang penting perlu dilakukan di dalam buku catatan yang berasingan. Bekerja Secara Bijak Lakukan tugas yang paling penting, sukar dan tidak anda gemari pada waktu pagi kerana pada waktu ini tubuh dan fikiran anda berada di tahap maksima serta cergas untuk bekerja. Setelah itu barulah anda melakukan aktiviti harian lain mengikut keutamaannya. Amalkan sikap merancang aktiviti harian untuk esok setiap petang atau malam hari sebelum anda pulang/berehat. Ini akan dapat mengelakkan anda dari bekerja secara terburu-buru dan kelam-kabut pada keesokan harinya. Menetapkan Matlamat Anda perlu mengenalpasti kemampuan diri sebelum membuat atau menyelesaikan sesuatu tugas yang sukar. Elakkan dari membuat lebih dari satu tugas dalam satu masa kerana ini akan memberi tekanan yang akan menyebabkan hilangnya tumpuan anda untuk bekerja, seterusnya akan mengecewakan jika tugas-tugas tersebut tidak dapat disempurnakan sepertimana yang diharapkan. Berfikiran Positif Sepertimana pengalaman kebanyakan usahawan-usahawan lain, anda juga akan mengalami keadaan di mana kurangnya mendapat suntikan semangat dan sokongan dari orang-orang di sekeliling anda terhadap apa yang sedang anda usahakan. Tetapi jika pelanggan memberi penghargaan setelah berurusniaga dengan anda, ini merupakan petanda baik bahawa anda sedang melakukan sesuatu yang betul. Terapkan imej-imej positif seperti ini di dalam fikiran anda dan sentiasa cuba untuk meningkatkan kualiti layanan pelanggan dan produk anda. Berikan 80% dari penumpuan anda kepada pelanggan yang sedia ada dan selebihnya 20% untuk mencari pelanggan baru. Menghargai Diri Sendiri Walaupun anda bekerja sendiri dan tidak melapor diri kepada sesiapa, anda perlu memperuntukkan masa untuk beriadah setelah menyempurnakan sesuatu tugasan yang sukar atau apabila mendapat peluang bisnes yang besar dan lumayan. Lakukan sesuatu yang anda gemari sebagai 'hadiah' kepada diri anda setelah penat berusaha. Selain dapat merehatkan fikiran, cara ini juga akan dapat meningkatkan semangat anda untuk berusaha dengan lebih gigih lagi. Walaubagaimanapun anda perlu merancang dengan baik agar tidak berlakunya pembaziran tenaga, masa dan wang ringgit. Jangan Bertangguh
Sikap malas dan suka bertangguh akan menyebabkan bisnes anda berada di dalam keadaan tidak terurus serta kelam-kabut. Tugasan yang dilakukan di saat-saat akhir akan menyebabkan anda bekerja di dalam keadaan tegang, gopoh-gapah, bosan, tertekan serta tidak dapat berfikir secara rasional. Akan ada hari-hari di mana bisnes agak lembab dan anda merasakan perlu mengambil rehat walaupun ada tugasan penting yang perlu diselesaikan. Tidak salah untuk anda berehat seketika, tetapi apa yang penting sebelum anda menangguhkan sesuatu tugasan, anda perlu bertanya pada diri adakah anda akan mempunyai masa yang cukup di saat-saat akhir untuk melaksanakannya. Selesaikan dahulu aktiviti yang telah dirancang sebelum melakukan sesuatu yang tidak ada kaitan dengan bisnes anda. Menghadkan Panggilan Peribadi Kebanyakan orang luar menyangka apabila anda bekerja sendiri anda mempunyai lebih banyak masa untuk diajak berbual dan bersantai. Apabila ini berlaku anda perlu mengawal keadaan dengan meminta kerjasama mereka agar memberi anda ruang menguruskan bisnes anda sehingga terlaksana mengikut perancangan. Satu-satunya orang yang boleh menjaya dan menggagalkan bisnes anda adalah diri anda sendiri, oleh itu anda perlu serius serta tegas dalam mengurus serta menjaga kebajikan bisnes anda. Mewakilkan Tugasan Pengetahuan dan kemahiran anda mungkin terhad untuk melakukan sesuatu tugasan. Di sini anda perlu menggajikan seseorang yang lebih berkemahiran untuk melakukannya mengikut arahan anda. Jika tidak anda mungkin akan melakukan kesilapan yang boleh menyebabkan bisnes mengalami kerugian masa dan wang ringgit. Berani Mengatakan 'TIDAK' Adakalanya saudara-mara atau kenalan akan datang meminta bantuan dari anda untuk melakukan sesuatu yang bukan berkaitan dengan bisnes dan di dalam waktu anda berniaga. Anda perlu bijak menolak dengan cara yang terbaik kerana pertolongan yang akan diberikan mungkin akan memerlukan masa yang agak panjang. Kebanyakan usahawan akan melakukan sahaja dengan hati yang berat semata-mata untuk menjaga hati orang lain. Setelah itu mereka akan mengalami kerugian kerana masa dan tenaga yang sepatutnya digunakan untuk menjana pendapatan telah gunakan untuk tujuan lain. The Blog Tags Widget will appear here on the published site.
Tags:
The Recommended Content Widget will appear here on the published site.
The Breadcrumbs widget will appear here on the published site.
Memilih Rakan Kongsi6/14/2024 Bisnes anda mungkin mempunyai modal dan kepakaran yang terhad untuk bermula sebelum berkembang. Kesukaran mendapatkan pinjaman dari institusi kewangan atau bank mungkin akan menyebabkan anda terpaksa mencari seorang/lebih rakan kongsi yang sanggup mengeluarkan modal dan membuat pelaburan di dalam bisnes kecil anda. Rakan kongsi yang dipilih juga mestilah seseorang yang mempunyai keyakinan yang tinggi serta berani mengambil risiko bisnes seperti anda. Memilih rakan kongsi bukan satu perkara yang mudah dan boleh diambil ringan. Elakkan dari membuat keputusan di dalam keadaan tertekan atau tergesa-gesa. Walaupun tidak dinafikan anda mungkin berada di dalam keadaan terdesak, anda perlu mengambil masa yang mencukupi untuk membuat pemilihan. Selain daripada kemampuan kewangan, anda perlu membuat penilaian sama ada seseorang itu sesuai untuk menjadi rakan kongsi ataupun tidak. Ini dapat dilakukan dengan melihat kepada perkara-perkara berikut di dalam diri bakal rakan kongsi anda:-
The Blog Tags Widget will appear here on the published site.
Tags:
The Recommended Content Widget will appear here on the published site.
The Breadcrumbs widget will appear here on the published site.
Pada amnya proses memohon modal bisnes dari pelabur (individu/korporat) melibatkan 6 langkah penting yang perlu anda diikuti. Dengan memahami proses ini peluang untuk anda mendapat bantuan pembiayaan adalah lebih cerah. Langkah 1: Menentukan Sumber Langkah 2: Penilaian Sumber Langkah 3: Penyampaian Idea Langkah 4: Pembentangan Rancangan Bisnes Langkah 5: Menghadapi Penolakan Langkah 6: Mendapatkan Komitmen Langkah 1: Menentukan Sumber Mencari sumber pembiayaian merupakan perkara paling sukar untuk dilakukan. Anda perlu menyenaraikan sebanyak mungkin individu/syarikat yang anda fikirkan boleh membantu anda. Setelah anda bertemu pelabur yang sesuai, rancangan bisnes anda akan menjalankan tugas yang seterusnya. Anda perlu meluangkan banyak masa untuk Langkah 1 ini. Kegagalan anda untuk melaksanakan proses ini secara menyeluruh akan membantutkan usaha anda mengumpul modal. Langkah 2: Penilaian Sumber Anda perlu menjalankan kajian mengenai pihak-pihak pelabur yang bakal anda temui. Anda perlu mengetahui tentang keperluan sebenar setiap pelabur dan minatnya di dalam bisnes. Maklumat-maklumat ini boleh anda dapati melalui latarbelakang syarikat atau bertanya kepada pihak pelabur itu sendiri. Langkah 3: Penyampaian Idea Semasa penyampaian idea anda kepada pihak pelabur, anda perlu memberi gambaran bahawa anda serius dan meyakinkan pihak pelabur bahawa idea anda boleh menjamin pelaburan mereka dan mendatangkan keuntungan kepada kedua-dua belah pihak. Anda perlu mengurangkan prasangka dan tekanan serta menyakinkan pihak pelabur untuk mengambil risiko melabur di dalam idea anda. Di peringkat ini juga anda perlu memberi sebab kenapa pihak pelabur perlu melabur di dalam idea anda. Langkah 4: Pembentangan Rancangan Bisnes Rancangan bisnes yang anda persembahkan perlu lengkap, logik dan realistik. Rancangan bisnes yang baik hanya boleh dibuat setelah anda menjalankan kajian dan penyelidikan yang mendalam. Perkara utama yang perlu anda beri penekanan di dalam rancangan bisnes anda ialah kelebihan-kelebihan bisnes yang dicadangkan iaitu:-
Langkah 5: Menghadapi Penolakan
Kemungkinan untuk cadangan pelaburan anda ditolak atau ditangguh tidak boleh dielakkan. Alasan yang diberi boleh merujuk kepada kelemahan perancangan anda atau produk. Teknik untuk menghadapi penolakan ini ialah anda tidak perlu bersetuju dengan sebarang pandangan negatif yang dilemparkan. Jangan berfikiran negatif dan pastikan anda bertindak secara jujur untuk memikirkan tentang pandangan yang dikemukakan serta memberi maklumat yang baru dan positif kepada pihak pelabur. Perkara yang penting perlu anda lakukan ialah bersabar dan konsisten. Terima pandangan dan cuba ubah fikiran pihak pelabur tentang isu yang dibincangkan. Anda perlu ingat, pihak pelabur tidak pernah silap tetapi mereka cuma tidak diberikan maklumat yang lengkap. Oleh itu adalah penting untuk anda bersedia dengan fakta yang lengkap untuk menyokong rancangan bisnes yang dicadangkan. Langkah 6: Mendapatkan Komitmen Untuk mendapatkan komitmen pihak pelabur, anda perlu mengenalpasti keperluan sebenar pihak pelabur dan seterusnya memenuhinya. Jangan takut bertanya dan memotivasi pihak pelabur untuk bersama anda kerana kesungguhan yang anda tonjolkan juga merupakan satu kelebihan di dalam proses perundingan. Untuk mendapatkan kepercayaan dan keyakinan pihak pelabur anda perlu banyak bertanya, memberi keterangan dan menunjukkan sesungguhan untuk belajar dari pihak pelabur. Pastikan di sepanjang sesi perbincangan pihak pelabur hanya perlu bercakap di akhir sesi perbincangan dan bukan sebaliknya. The Blog Tags Widget will appear here on the published site.
Tags:
The Recommended Content Widget will appear here on the published site.
The Breadcrumbs widget will appear here on the published site.
Panduan ini tidak bertujuan untuk membandingkan sama ada peluang bisnes licensing atau francais lebih baik atau sebaliknya. Tujuan panduan ini adalah untuk membuka fikiran anda kepada perkara-perkara yang mungkin anda akan terlepas pandang dalam memilih pekuang bisnes yang hendak dibeli. Sebelum membuat keputusan membeli, anda perlu pastikan keputusan yang dibuat tidak dalam keadaan terlalu teruja, tergesa-gesa atau dipengaruhi oleh orang lain. Setiap keputusan untuk membeli bisnes perlu disokong dengan fakta dan angka (fact and figure) yang anda sendiri telah kaji dan bukan diterima secara total dari licensor / francaisor. Setelah anda berpuas hati dengan syarat, peluang dan risiko yang diketahui, anda perlu fokus dan beri komitmen sepenuhnya untuk memastikan kejayaan bisnes yang anda beli dan mencapai pulangan dari pelaburan (ROI) dalam kadar seberapa segera. Sebelum membuat pelaburan untuk membeli peluang bisnes francais (atau licensing) anda dinasihatkan untuk menjalankan kajiselidik mengenai francais yang ingin dibeli. Maklumat yang didapati dari kajiselidik perlu dinilai secara mendalam. Tujuan penilaian semula adalah untuk mengenalpasti sama ada francais yang ingin dibeli berpotensi untuk berjaya, sesuai dengan kemampuan, minat dan gaya hidup anda. Keputusan untuk membeli peluang bisnes yang berpotensi bergantung kepada sebanyak mana anda mendapat maklumat-maklumat dibawah dan menilaikannya:
(Kebanyakan perkara dibawah tidak dijelaskan didalam brosur penawaran bisnes francais / licensing)
The Blog Tags Widget will appear here on the published site.
Tags:
The Recommended Content Widget will appear here on the published site.
The Breadcrumbs widget will appear here on the published site.
Anda mungkin telah lama berniaga. Dan tidak mustahil anda masih berniaga dengan kemahiran dan pengetahuan lampau. Anda juga mungkin perlu memenuhi komitmen (hutang) kewangan yang tinggi dengan bank dan pembekal. Pada masa yang sana anda perlu menyediakan sejumlah wang yang besar untuk menampung kos operasi yang semakin meningkat seperi membayar sewa, gaji, utiliti, pemasaran dan pembelian bahan mentah. Perubahan ekonomi dunia hari ini semakin memberi kesan kepada ekonomi negara kita. Tidak ada tanda-tanda situasi ini akan bertambah baik. Kuasa membeli pengguna yang lemah memberi kesan kepada jualan (bisnes) anda dan margin keuntungan bisnes. Modal berniaga yang semakin menyusut dan kesukaran mendapat pinjaman dari insitusi kewangan membantutkan perancangan untuk memgembangkan bisnes. Kawasan perniagaan setempat yang semakin kecil kerana semakin ramai pesaing menjual produk yang hampir sama. Dalam kesibukan untuk bersaing dan menjaga bisnes, menyebabkan masa berkualiti yang semakin terhad untuk anda bersama keluarga. Dari hari ke sehari, anda mempunyai kerisauan memikirkan masalah kewangan dan bisnes. Tanpa disedari beri kesan kepada keadaan mental, fizikal dan hubungan anda dengan mereka disekeliling anda. Keadaan ini tidak akan berubah kecuali jika anda mula berfikir untuk meletakkan sistem (yang telah terbukti dan menjadi amalan industri) ke dalam bisnes anda - sistem francais-licensing. Pelan tindakan anda
Kenapa ada usahawan yang berusaha bersungguh-sungguh untuk bina rantaian bisnes, bermula dengan sistem licensing melantik rakan niaga untuk membeli konsep bisnes mereka sehinggalah ke sistem francais? Kemahiran francais-licensing adalah kemahiran yang unik dan amalan perniagaan diperingkat antarabangsa. Dengan kemahiran ini ada jenama Malaysia yang membina rantai outlet dalam negara dan seterusnya berkembang ke luar negara. Dengan sistem yang sama tidak kurang juga jenama asing masuk ke Malaysia menjual pelaung bisnes kepada usahawan tempatan. Sistem dapat membantu anda menyusun kembali kewangan bisnes. Dengan sistem anda dapat merancang sumber-sumber pendapatan yang tidak memerlukan anda mengeluarkan modal yang besar. Mengunakan kelebihan bisnes sedia anda anda boleh merancang pakej bisnes dengan keperluan pelaburan yang seminima mungkin untuk ditawarkan kepada bakal rakan niaga. Hanya setelah jenama anda dikenali dan mempunyai beberapa rantaian rakan niaga yang berjaya, anda boleh mula menaikkan keperluan pelaburan pakej bisnes (yang perlu disediakan oleh bakal rakan niaga) untuk anda mendapatkan tunai dan margin keuntungan yang lebih tinggi. Sumber kewangan yang bakal anda perolehi dari rakan niaga dalam bentuk yuran, royalti, pembekalan stok, deposit dan penyewaan aset sedikit sebanyak akan dapat membantu anda bernafas dan merancang semula pembayaran komitmen kewangan bisnes. Rangkaian rakan niaga yang berniaga menggunakan jenama, konsep dan produk anda dapat membantu untuk mengurangkan kos operasi anda sendiri dari segi penyediaan kakitangan, pemasaran dan pengurusan outlet sendiri. Ini kerana sebahagian besar dari tanggungjawab dan keperluan ini telah dipindahkan kepada rakan niaga. Semakin ramai rakan niaga, semakin besar peluang anda untuk mendapat kelebihan dalam urusniaga dengan pembekal. Ini kerana anda akan mempunyai suara untuk tawar menawar apabila membeli bahan mentah dari segi servis, kos, rebet dan kuantiti. Jika sebelum ini bisnes anda tidak dapat memasuki lokasi atau kawasan tertentu disebabkan tiada modal atau kenalan, melalui rangkaian rakan niaga jenama anda akan dapat memasuki lokasi-lokasi strategik dan berkembang ke pasaran yang lebih luas dengan lebih cepat. Sistem francais-licensing juga meningkatkan nilai bisnes (dan jenama) anda dalam pasaran. Apabila anda tidak mahu lagi berniaga, anda mempunyai peluang untuk menjual keseluruhan bisnes kepada pelabur pada harga yang tinggi. Dengan sistem francais-licensing, bisnes anda boleh menjadi aset untuk persaraan anda pada masa hadapan. The Blog Tags Widget will appear here on the published site.
Tags:
The Recommended Content Widget will appear here on the published site.
The Breadcrumbs widget will appear here on the published site.
Membiayai Bisnes Anda5/30/2024 Modal di dalam bentuk kewangan merupakan antara perkara paling penting untuk memulakan sesebuah bisnes. Walaubagaimanapun, modal kewangan sahaja tidak mencukupi untuk anda memulakan bisnes. Sebelum anda mula mencari modal untuk membiayai bisnes, pastikan anda mempunyai idea, rancangan bisnes yang lengkap serta pengetahuan yang mencukupi tentang apa yang anda ingin perniagakan, jika perlu contoh produk yang hendak ditawarkan. Sebelum memulakan bisnes, amat penting untuk anda membuat persediaan mengenai bisnes supaya orang lain dapat memahami matlamat anda seterusnya meletakkan keyakinan mereka untuk membantu atau berurusan dengan anda. Dari segi persediaan kewangan, sebaik-baiknya anda perlu menyediakan di antara 30% hingga 50% dari keperluan modal sebenar bisnes kerana orang lain tidak akan mempertaruhkan wang mereka untuk bisnes anda jika anda sendiri tidak mengambil risiko yang sama. Berapa banyakkah modal yang diperlukan?
Jumlah modal yang diperlukan bergantung kepada jenis produk yang ditawarkan. Bisnes yang menawarkan perkhidmatan memerlukan modal permulaan yang lebih rendah berbanding dengan bisnes yang memerlukan penyimpanan atau penghasilan sesuatu barangan. Walau dari mana sekalipun sumber modal anda, anda perlu merancang ke mana dan bagaimana modal akan digunakan. Luangkan lebih masa untuk mendapatkan harga kos bagi semua aktiviti bisnes iaitu perbelanjaan perjalanan, pengeluaran, pemasaran dan lain-lain yang berkaitan dengan bisnes. Dapatkan harga kos setepat yang mungkin dan elakkan sama sekali dari meneka atau membuat andaian mengenai jumlah yang diperlukan. Ini untuk meminimakan risiko kekurangan tunai di pertengahan operasi bisnes yang boleh mengakibatkan kerugian. Di dalam bisnes anda perlu memberi tumpuan khusus kepada perancangan kewangan. Anda perlu mempunyai kewangan yang mencukupi untuk menghadapi sebarang perbelanjaan luar jangkaan. Untuk ini, anda perlu melebihkan belanjawan di antara 10% hingga 15% dari keperluan sebenar. Jika anda sedang bekerja makan gaji dan merancang untuk memulakan bisnes sendiri secara sepenuh masa, pastikan anda mempunyai simpanan peribadi yang mencukupi untuk memenuhi keperluan perbelanjaan peribadi sekurang-kurangnya untuk selama 6 bulan ke hadapan sebelum meletakkan jawatan. Simpanan ini penting sebelum anda berniaga kerana bisnes yang dijalankan akan mengambil masa sebelum ianya dikenali ramai dan berjalan lancar. Di peringkat awal permulaan bisnes anda tidak digalakkan untuk berharap membuat keuntungan yang tinggi, sudah cukup baik jika bisnes anda mampu beroperasi secara pulang modal di peringkat permulaan. Simpanan yang disediakan untuk 6 bulan sebelum berniaga dapat membantu anda meringankan beban membiayai perbelanjaan peribadi setiap bulan. Memulakan bisnes tanpa modal kewangan yang mencukupi bererti anda mengundang masalah lebih awal. Kekurangan modal juga merupakan salah satu sebab utama sesebuah bisnes gagal. Inilah kesan dari perancangan yang yang tidak baik dan kurang teliti. Sekiranya anda mendapati kewangan peribadi anda tidak mencukupi untuk memulakan bisnes, anda mempunyai alternatif untuk memulakan bisnes secara sambilan dan beroperasi dari rumah. Keputusan ini bergantung kepada kesesuaian dan jenis bisnes yang anda ingin jalankan. Berniaga secara sambilan sesuai untuk jenis bisnes yang tidak memerlukan anda memberikan tumpuan sepenuh masa kepada layanan pelanggan. Ianya tidak sesuai jika anda perlu memberikan maklumat/maklumbalas segera mengenai perkara yang berkaitan bisnes atau memerlukan anda memberi layanan sepenuh masa terhadap permintaan pelanggan. The Blog Tags Widget will appear here on the published site.
Tags:
The Recommended Content Widget will appear here on the published site.
The Breadcrumbs widget will appear here on the published site.
Menggunakan Tenaga Pakar2/19/2024 Pada peringkat permulaan dan semasa bisnes meningkat maju, anda akan memerlukan khidmat nasihat serta kepakaran dari mereka yang berpengalaman untuk membantu di dalam pengurusan bisnes anda. Walaubagaimanapun keputusan untuk mendapatkan perkhidmatan tenaga pakar juga bergantung kepada kedudukan kewangan anda. Sekiranya anda tidak mempunyai peruntukan untuk membayar perkhidmatan tenaga pakar anda perlu mengambil initiatif sendiri untuk menjalankan kajian dan mendapatkan maklumat mengenai bisnes yang perlu melalui kaedah-kaedah berikut:-
Sepanjang bisnes, anda akan memerlukan perkhidmatan tenaga pakar dalam perkara-perkara berikut:-
Anda juga boleh mendapatkan khidmat kepakaran yang sesuai melalui cadangan rakan-rakan bisnes yang lain atau menjadi ahli di dalam persatuan dan dewan bisnes yang ada memberikan khidmat nasihat kepada bisnes kecil. The Blog Tags Widget will appear here on the published site.
Tags:
The Recommended Content Widget will appear here on the published site.
The Breadcrumbs widget will appear here on the published site.
Bagaimana anda menyediakan cadangan pakej pelaburan perniagaan yang dapat mencukupkan keperluan anda, memenuhi keperluan pendapatan anda dan pada masa yang sama dapat menyakinkan bakal rakan niaga untuk melabur kedalam perniagaan anda Salah satu dokumen penting yang perlu anda sediakan apabila menawarkan peluang perniagaan kepada prospek (bakal rakan niaga) adalah Penyata Pakej Pelaburan (Investment Package Statement).
Penyata pakej pelaburan ini merupakan sebutharga yang menyatakan perkara-perkara pelaburan yang perlu dilakukan oleh prospek apabila membeli perniagaan anda. Perbincangan perniagaan sehingga penyediaan maklumat material (penting) dalam perjanjian diantara anda dengan prospek akan berpandukan kepada sebutharga ini. Format penyediaan penyata pakej pelaburan perniagaan licensing ini perlu disediakan mengikut format pakej pelaburan perniagaan francais. Ini bagi memudahkan anda apabila menaiktaraf perniagaan ke peringkat francais kelak tanpa perlu banyak perubahan perlu dilakukan. Penyata pakej pelaburan anda perlu disediakan perlu mengambil kira nilai pendapatan yang anda ingin capai dalam tempoh 3-5 tahun akan datang. Penyata pakej pelaburan anda perlu disediakan perlu mengambil kira kos yang anda jangka dalam tempoh 3-5 tahun akan datang. Anda perlu menetapkan nilai pelaburan pada nilai yang tinggi (antara 20%-30% lebih tinggi) bagi menampung peningkatan kos yang dijangka pada masa hadapan. Apabila menaiktaraf dari sistem perniagaan licensing ke perniagaan francais, adalah penting untuk anda pastikan perubahan (pelaburan) dilakukan pada peringkat seminima. Ini bagi mengelakkan rasa tidak puas hati dikalangan rakan niaga (licensee) yang hendak ditukar (convert) kepada francaisi. Sekiranya terdapat keperluan untuk perubahan pada nilai pakej pelaburan, ianya perlu dimuktamadkan sebelum anda membuat pengemukaan permohonan lesen francais dari KPDN. *PENTING: Anda perlu memberi justifikasi kepada setiap item pelaburan untuk pastikan rakan niaga memahami dan berpuas hati dengan pelaburan yang dibuat. The Blog Tags Widget will appear here on the published site.
Tags:
The Recommended Content Widget will appear here on the published site.
The Breadcrumbs widget will appear here on the published site.
The Blog Tags Widget will appear here on the published site.
Tags:
The Recommended Content Widget will appear here on the published site.
|
6/14/2024
0 Comments